Menurut Sarah, setelah berhijab dia merasakan dirinya tenang dan telah menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.
“Alhamdulillah, saya memang sudah lama mahu berhijrah dan saya yakin dengan keputusan saya. Tentang lakonan, saya kini dalam proses menghabiskan segala komitmen yang masih ada.
“Sebenarnya sudah lama saya menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon dan mungkin ini lah masanya untuk saya mengotakan kata-kata saya.” ujar anak sulung daripada empat beradik ini.
Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kini aktif dalam bidang pengacaraan setelah berhijab, beliau juga ingin menumpukan perhatian dalam dunia perniagaan.
“Sekarang saya sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon kerana sudah nekad untuk berhenti dan fokus kepada dunia perniagaan, cuma tawaran untuk menjadi pengacara masih ada dan jika tiada komitmen lain maka saya akan terima.” ujarnya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment