Halim Othman nafi berkasih

on Friday, 30 August 2013

Kuala Lumpur: “Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya,” kata penyampai radio Suria FM, Halim Othman.

Halim, 49, berkata, dia terkejut dengan beberapa keping gambar dia kelihatan bermesra dengan seorang wanita disiarkan di Internet termasuk laman blog sehingga ramai peminatnya menyangka dia mempunyai kekasih.

“Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Halim, hubungannya dengan wanita itu yang juga pelakon tambahan tidak lebih sebagai kawan. Malah, Halim menyatakan dia masih bujang dan tidak mempunyai kekasih.

“Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara ‘super impose’ (teknik pertindahan). Ketika bergambar, dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa,” katanya.

Katanya, gambar yang dimuat naik itu diambil pada tahun lalu ketika dia bersama wanita itu dan beberapa rakan lain menghadiri satu majlis perkahwinan rakan di Negeri Sembilan.


Halim yang bergandingan bersama Adibah Noor mengendalikan segmen Ceria Pagi, sebelum ini menyatakan dia hanya berserah pada jodoh selepas hasrat mahu mengadakan majlis pertunangan dengan seorang gadis pada Jun 2010 tidak kesampaian.


Katanya, dia pernah merancang menamatkan zaman bujang tetapi menangguhkan hasrat itu untuk mengenali hati budi masing-masing lebih mendalam. Namun, dia tidak menolak jika jodoh dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved