Zahid Teruja Berpuasa Bersama Isteri

on Wednesday, 10 July 2013



Memang menjadi lumrah pasangan yang baru berkahwin akan berasa teruja menyambut Ramadhan dan Aidilfitri bersama pasangan masing-masing.

Bagi penyampai radio Era FM, Zahid, pastinya Ramadhan tahun ini lebih istimewa kerana dapat menikmati juadah bersahur dan berbuka bersama isteri tercinta.

Tambah seronok lagi apabila isterinya, Sarah Julifa menyediakan sendiri makanan untuk mereka bersahur di hari pertama berpuasa. Perkara ini telah dikongsikan oleh Zahid di laman Twitter miliknya.



Semestinya Hari Raya yang bakal tiba nanti menjadi lebih bermakna buat pasangan pengantin baru ini. Kalau tahun-tahun sebelumnya beraya solo, tahun ini ada teman untuk dibawa beraya bersama.

Selain daripada Zahid, ramai juga selebriti lain yang baru melangsungkan perkahwinan tahun ini. Antaranya seperti Liyana Jasmay, Izzue Islam, Amar Asyraf, Linda Hashim dan Beego, Pierre Andre dan ramai lagi.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved