Rakan mangsa lemas tersebut, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya, Rosadee Korlaeh, yang juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.
Menurut Rosdi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin, mereka dilaporkan keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.
Tambahnya lagi, beliau yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.
“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali cuba menarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.
“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.
Tambah Rosdi lagi, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.
“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment