Kemeriahan menyambut Ramadhan dan Syawal ternyata lebih terasa di negara ini buat Syarif Sleeq, 24, yang berasal dari Singapura.
Kata Syarif, oleh kerana populasi penduduk yang beragama Islam hanya sedikit di Singapura, sambutan bulan puasa dan Hari Raya di sana kurang meriah berbanding di Malaysia.
“Dulu saya pernah tinggal di Johor, jadi saya pernah rasa kemeriahan berpuasa dan beraya di Malaysia. Maklumlah, Malaysia tanahnya luas dan ada kawasan lapang untuk bermain mercun. Ibu juga sering memasak di halaman rumah,” katanya.
Tambah Syarif, di Singapura hanya terdapat satu bazar Ramadhan dan kebanyakan masyarakat Muslim di negara itu akan membeli juadah berbuka puasa di bazar tersebut.
“Di sini saya ada pelbagai pilihan juadah berbuka kerana ada banyak bazar Ramadhan. Jika saya bosan dengan makanan yang dijual di bazar ini, saya boleh pergi ke bazaar yang lain,” kata Syarif.
Bakal menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur kerana terikat dengan urusan kerja pada malam Raya, kata Syarif, dia gembira Sleeq diterima baik oleh masyarakat Malaysia.
“Peluang di sini lebih besar dan Sleeq ingin mencuba pasaran baru di Malaysia pula. Tambahan pula, saya merasa lebih dekat dengan Malaysia kerana majoriti masyarakatnya berbangsa Melayu”, kata Syarif.
.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment