Syarif Sleeq & Malaque Mahdaly Berkahwin Tahun Depan, 2014

on Wednesday, 10 July 2013

Tahniah diucapkan buat Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly yang bakal berkahwin pada tahun depan, 2014. Syarif Sleeq juga bakal menetap di Malaysia kerana sibuk dan terlibat dalam bidang lakonan. Malah Syarif Sleeq juga sudah berguru dengan Aaron Aziz. Cayalah Syarif Sleeq!

Gambar Foto Majlis Pertunangan Syarif Sleeq & Malaque Mahdaly

Sementara itu, Syarif turut berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya, tahun depan.
Syarif Sleeq telah mengikat tali pertunangan dengan peserta Singapore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly, hujung tahun 2011.

“Insya-ALLAH tahun depan (berkahwin). Kami sudah mengikat tali pertunangan hampir dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.


Malaque Mahdaly Berasal Indonesia - Menetap Di Singapura

Menurut Syarif Sleeq, Malaque merupakan gadis berasal dari Indonesia yang sudah menetap di Singapura.
Penyanyi berusia 24 tahun ini akui mengenali gadis berdarah keterunan Melayu Aceh itu melalui program Singapore Idol pada tahun 2009.
“Kami berkenalan ketika dia menyertai Singapore Idol dan Insya-ALLAH bila dah kahwin nanti, saya akan bawa isteri ke sini,” katanya.

sumber : http://www.mohdrohaizad.com/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved