Sifat Keibuan Raja Azmi Buat Eddie Tertarik

on Wednesday, 17 July 2013



Sifat keibuan yang ada pada diri penerbit sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman merupakan salah satu sebab bekas pemain bass kumpulan rock 90-an, CRK, Mohd Eddie Ghazali tertarik sekaligus mengambil keputusan untuk bertunang dengan penerbit ‘…Dalam Botol’ itu selepas lima tahun menjalani hidup solo.

“Selepas lima tahun kematian isteri, saya rasa kehidupan harus diteruskan. Alhamdulillah, jodoh saya sudah sampai dan sudah tiba masanya untuk saya mencari kasih sayang seorang ibu untuk anak-anak saya,” ujar Eddie ketika ditemui selepas selesai majlis pertunangan mereka pada petang Isnin.

Hati saya terbuka untuk menerima dia dalam hidup saya selepas melihat sifat keibuan yang ada pada dirinya. Saya bersyukur kerana kami dipertemukan dan teruja kerana hubungan kami sudah berada di fasa ini. Lebih penting, anak-anak juga memberi sokongan dengan hubungan kami,” ujar Eddie.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Eddie memberitahu dia diperkenalkan dengan tunangnya itu oleh anak saudaranya pada lima bulan lepas di mana anak saudaranya itu merupakan jurulatih peribadi Raja Azmi di sebuah gimnasium.

Bagi Raja Azmi pula, dia memberitahu terbuka hati untuk menerima Eddie selepas bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek kerana menganggap Eddie mempunyai ciri-ciri seperti bekas suaminya selain yakin duda anak dua itu mampu memberi kebahagiaan kepadanya.

“Eddie orang yang sesuai dan saya yakin dia boleh jaga saya serta memberi kebahagiaan kepada saya. Biarpun mungkin bukan dari segi harta benda, tapi kebahagiaan yang saya cari ialah kasih sayang. Apapun, saya ingin berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui hubungan ini serta ikhlas menerima Eddie. Bagi saya, susah nak cari anak-anak seperti mereka,” ujar Raja Azmi sebak.


sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved