Aktres Singapura yang sedang menempa nama di Malaysia, Elfaeza Ul Haq menjelaskan dia tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad. Elfaeza menyatakan dirinya dan Sharnaaz hanyalah sekadar teman biasa dan mereka berada di bawah pengurusan yang sama.
“Kalau saya bercinta dengan dia sekalipun, hanyalah dalam drama ‘Mukhlis’ sahaja. Hubungan kami adalah sekadar kenalan biasa sahaja. Mungkin cerita ini timbul kerana ada orang menyaksikan kemesraan kami berdua ketika penggambaran drama itu sedang berlangsung. Sejujurnya, saya hanya menghayati watak dan saya harap selepas penjelasan ini, tidak timbul lagi isu saya menjalinkan hubungan dengannya kerana kami hanya bercinta dalam lakonan sahaja,” ulas aktres manis ini.
Ketika diusik adakah Sharnaaz mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya, Elfaeza menjelaskan yang dia belum mengenali Sharnaaz secara peribadi.
“Saya masuk ke set penggambaran drama bersiri itu dan kami terus menjalakan tugas sebagai pelakon sahaja. Saya tidak mengenali Sharnaaz secara peribadi lagi,” jelas Elfaeza yang pernah muncul dalam drama bersiri ‘Adam & Hawa’ di samping Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment