Sham Kamikaze Kekok Petik Gitar

on Tuesday, 23 July 2013


Pemuzik dan penceramah bebas, Sham Kamikaze, hampir hilang skil bermain gitar selepas bertekad meninggalkan alat muzik kesayangannya lebih empat bulan kerana beranggapan ia hanya untuk duniawi.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan pandangan mereka yang arif soal agama, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohamed Salleh, 37, percaya seni mampu menarik golongan muda ke arah kebaikan. “Peristiwa berkenaan saya lalui kira-kira dua tahun dulu, ketika saya belajar mengaji dan mendalami Islam sepenuh masa. Waktu itu, pada fahaman saya, gitar itu berdosa dan hanya melalaikan.

“Hinggalah saya bertanya kepada beberapa ustaz yang menyatakan muzik boleh digunakan untuk jalan kebaikan. Cuma, apabila saya kembali memetiknya selepas empat bulan ‘merehatkan’ jemari saya, terasa agak kekok dan bagai orang baru belajar,” katanya ketika ditemui pada forum terbuka di Busana Mall, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sempat memetik gitar mengiringi persembahan seorang lagi panel jemputan dalam acara keagamaan itu, akuinya, masih ada insan yang skeptikal sebaik dia mengangkat gitar walaupun alunan dendangan menjurus kepada kerohanian.

Komen mengenai Ashraf Muslim

Ditanya mengenai imejnya yang lebih santai berkemeja tanpa berjubah seperti pendakwah lain, kongsinya, seperti pendekatan terhadap golongan muda, penampilan juga antara perkara yang membuatkan anak muda senang mendekatinya.

Tidak lari daripada topik hangat, nada suara Sham juga tetap tenang apabila diminta mengulas mengenai teman seperjuangan, Ashraf Muslim, yang dikaitkan kontroversi kahwin dua secara senyap-senyap seperti yang pernah dilaluinya.

“Siapa saya untuk mengulas kehidupan orang lain? Bagi saya, setiap yang berlaku semua di atas ketentuan Allah. Baik atau buruk hanya Allah yang lebih mengetahui,” katanya penuh bermakna.
sumber : http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved