Setelah Empat Tahun, OIAM Bakal Kembali

on Friday, 12 July 2013



Program realiti nyanyian yang popular satu ketika dahulu, One in A Million (OIAM) yang pernah disiarkan di 8TV bakal muncul kembali menemui penonton setelah lebih kurang empat tahun tidak bersiaran.

Program realiti nyanyian ini pernah melahirkan tiga orang juara sebelum ini iaitu Suki di musim pertama, Ayu Damit di musim kedua dan Tomok di musim ketiga. Program ini juga dilihat menarik kerana program ini adalah program realiti nyanyian pertama dalam Malaysia yang menawarkan hadiah bernilai RM1,000,000 kepada pemenangnya.

Menemui Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Media Prima Berhad, Airin Zainul, dia menjelaskan OIAM bakal kembali bersiaran dengan suntikan baharu dan pendekatan yang lebih segar sesuai dengan peredaran masa kini.

"Pihak produksi kini sedang menjalankan kajian bagi rancangan OIAM ini. Kajian dilakukan bagi memberi input yang baharu dan segar demi penambahbaikan OIAM. Elemen baharu yang bakal ditampilkan ini bakal menjadikan OIAM selaras dengan perkembangan masa kini," jelas Airin yang ditemui di The Final Showdown 2013, Stadium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas mengenai adakah OIAM masih relevan pada masa kini setelah lebih kurang empat tahun tidak bersiaran, Airin menjelaskan yang OIAM masih lagi relevan kepada penonton.

"OIAM masih lagi relevan pada masa kini kerana kita boleh lihat penonton dan penggemar rancangan realiti masih menantikan dan menggemari rancangan realiti yang berunsurkan nyanyian. Tetapi konsepnya harus diubah supaya selaras dengan peredaran masa dan selari dengan selera penonton. Pihak produksi masih lagi berbincang untuk mendapatkan formula baru yang harus disuntik dalam OIAM," ulas Airin lagi.

OIAM bakal kembali mencari bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan dijangkakan akan menemui para penonton dalam masa 18 bulan ini. Untuk tiga musim sebelum ini, OIAM menampilkan Awal Ashaari dan Marion Counter selaku pengacara manakala Paul Moss dan Syafinaz Selamat selaku juri tetap.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved