Jika sebelum ini Beto Kusyairy,33 atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman pernah mendedahkan cerita bahawa dia pernah menjadi maskot untuk rancangan kanak-kanak ALONG yang memerlukannya menyarungkan sut panas berupa seekor kucing sebelum dia aktif berlakon, rupa-rupanya dia juga pernah menjadi pemandu atau drebar kepada seorang pengarah terkenal, Erma Fatima.
“Dulu ketika belajar Diploma Perhotelan di UiTM Shah Alam, saya sering menggunakan masa cuti saya bekerja untuk mencari wang saku. Antara pekerjaan yang sering saya lakukan adalah bekerja bersama produksi filem.
“Ada sekali penggambaran itu saya telah ditugaskan menjadi pemandu untuk Erma Fatima datang dan pulang dari lokasi. Sebagai seorang yang pemalu, sudah tentunya perkara yang sukar bagi saya adalah berhadapan dengan kamera.
“Tetapi yang anehnya saya menyukai dunia lakonan. Kerana pada saya setiap watak yang diberikan memberi saya peluang menyelami setiap karektor itu. Dengan serta-merta perasaan malu itu hilang begitu sahaja.
“Sedikit demi sedikit peluang yang diberikan pengarah dan penerbit filem tempatan membawa nama saya ketahap sekarang,”ujarnya ketika ditemui sewaktu penggambaran filem CEO sekitar Damansara Heights, Jumaat lalu.
Bermula dengan filem Syaitan, KAMI The Movie, Chow Kit, Jiwa Taiko hingga Istanbul Aku Datang yang benar-benar menguji kebolehannya itu sehinggalah ke drama sepertui Geng Surau, lakonannya terus diingati dan kini dalam diam Beto memasang angan-angan untuk duduk dikerusi pengarah pada satu hari nanti.
sumber : http://aiskosong.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment