Baru-baru ini kisah pemilik Persona yang melanggar mangsa di Lebuhraya PLUS di Seremban telah ditahan, kini seorang lagi pemandu yang telah menyebabkan kemalangan ke atas seorang anggota polis trafik bakal didakwa.
Remaja berusia 19 tahun yang dikatakan merempuh seorang pegawai polis trafik sehingga kehilangan kaki kanannya Rabu lalu akan didakwa dalam masa terdekat. Dalam pada itu, remaja tersebut diberitakan telah diikat jamin sebanyak RM2,000 pada hari Khamis lalu.
Menurut kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendawaraya secepat mungkin.
"Kita telah menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan hanya menunggu arahan untuk pendakwaan, sebaik menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bertugas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut, parah setelah motosikal berkuasa tinggi polis yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berkenaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.
Ekoran itu kaki kanan beliau terputus dari paras bawah lutut. Beliau kini dilapor stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kota Baharu, Kelantan.
Semasa kejadian, mangsa yang sedang meronda bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, berhampiran kawasan sekolah.
Tambah Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta jenis Proton Saga BLM yang dipercayai dipandu laju dikatakan dari arah Jalan Semerak, tiba-tiba memotong kenderaan lain di kawasan garisan berkembar.
Anggota Polis Trafik Putus Kaki Kes Langgar Lari
Zainal yang berada di hadapan cuba mengelak dan bergesel tetapi mangsa yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu bertembung menyebabkan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok pagar sekolah.
"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.
Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.
Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih "Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?".
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment