Bukan gambar kejadian
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.40 petang itu, kedua-dua suspek (penyamun) yang berusia 20-an dikatakan telah masuk ke dalam premis berkenaan dan bermain snuker.
Sebaik sahaja semua pelanggan lain beredar kira-kira 20 minit kemudian, suspek terus meluru ke arah mangsa, Tham Kam Yew, 19, yang keseorangan ketika itu dan mengarahkannya menyerahkan wang dari laci kaunter.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang, mangsa yang terkejut dengan tindakan kedua-dua suspek itu melawan dan bergelut dengan suspek.
“Ketika pergelutan seorang daripada suspek mengeluarkan pisau dan mengelar leher mangsa menyebabkan mangsa cedera parah serta berlumuran darah sebelum rebah atas lantai. “Kesempatan itu diambil suspek untuk mengambil sejumlah wang dari laci kaunter dan melarikan diri dengan memandu sebuah kereta Proton Iswara Aeroback warna hijau keemasan,”
Tambah Goh lagi, mangsa yang dalam keadaan parah ditemui penghuni di tingkat atas bangunan berkenaan, sebelum memberi bantuan dan menghubungi ambulans serta polis.
“Apa yang pelik, pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui wang tunai RM2,000 hasil perniagaan pada hari itu, namun tidak di curi oleh suspek dan sebaliknya mereka hanya mengambil sedikit saja wang tunai.
“Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan kritikal. Sehubungan itu, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek yang dipercayai warga tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, bapa mangsa Tham Kok Wai, 46, ketika ditemui di HTI berkata, beliau kesal tindakan suspek yang bukan saja menyamun tetapi sanggup bertindak ganas hingga menyebabkan anaknya cedera parah.
Kata Kok Wai lagi, anaknya sudah setahun bekerja di pusat snuker berkenaan dan mahu pihak polis segera menjejaki serta memberkas penjenayah yang bertanggungjawab.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment