ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.
“Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif,” kata Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, saksi kejadian ngeri meragut nyawa, Khairul Amir Azri Lani, 11, dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.
Asyraf berkata, remaja itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.
IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.
Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan remaja berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar.
“Pada awalnya ada seorang remaja lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.
# Al Fatihah utk mangsa...
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment