Pelakon Noniswara Sah Bercerai Secara Taklik

on Thursday, 18 July 2013



Pelakon Malaysia, Noniswara, 44, akhirnya sah bercerai secara taklik dengan ahli korporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi tadi.

Menurut laporan Malaysian Digest, keputusan dibuat oleh Hakim Umamuddin Yunus di dalam kamar hakim berdasarkan keterangan plantif (Nonis), saksi-saksi dan penghujahan Syariah. Selain itu Nonis telah membayar sebanyak RM10 kepada hakim sebagai syarat dalam lafaz taklik disebabkan ketidakhadiran pihak defenden (Rosman) ke mahkamah hari ini.

Mahkamah mensabitkan keputusan dengan talak khul'I (tebus talak) dan memerintah Nonis beredah tiga kali suci bermula hari ini.

Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, memfailkan permohonan cerai taklik permohonan cerai pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.

Sebelum ini aktres yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memfailkan tuntutan cerai terhadap Rosman pada Februari lalu. Bagaimanapun Rosman tidak pernah memberi kerjasama dan gagal hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali.

Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009.Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.
sumber :http://www.murai.com.my/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved