Betul ke pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi bakal buka bisnes kedai kek dan pastri? Kalau betul cerita yang disampaikan satu sumber SS ini, menarik juga idea itu.
Dengar cerita, Aznil sendiri tidak menyangka dia berkebolehan untuk membuat kek dan pastri selama ini. Semuanya terungkai sejak pengacara On Air ini menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua yang melabuhkan tirainya, baru-baru ini.
Berkat tunjuk ajar dan pengalaman yang ditimba selebriti mesra disapa Pak Nil ini dalam program berkenaan, dia akhirnya mendapat ilham untuk merealisasikan impian itu.
Lebih menarik lagi, perancangan untuk membuka kedai kek itu bukan sekadar angan-angan kosong. Sumber memberitahu, Pak Nil juga sudah mendaftarkan nama bisnes itu sebagai Kek What.
Wah bukan main lagi nama kedai kek itu ya. Memang menarik perhatian betul namanya. Bila agaknya kedai kek itu akan mula beroperasi dan di mana tempatnya nanti.
, Apabila sudah dibuka nanti tentu ramai peminat Pak Nil mahu membeli kek dan pastri air tangannya. Maklumlah, sebelum ini pun Pak Nil memang terkenal dengan kebolehannya menyiapkan pelbagai juadah ringan dan berat.
Semoga perancangan itu akan menjadi kenyataan secepat mungkin.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment