Nasihat Ustaz – Jangan Pos Gambar Makanan Di Facebook

on Thursday, 18 July 2013



Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang dan mungkin termasuk kita sendiri untuk mengepos gambar-gambar makanan yang dinikmati di laman Facebook.

Tabiat ini tambah menjadi-jadi terutama bila bulan puasa macam sekarang.

Mungkin ada antara yang mengepos gambar itu berniat hendak menunjuk-nunjuk dia makan di tempat mewah, tapi kebanyakannya mungkin sekadar suka-suka berkongsi dengan kawan-kawan menu pada hari itu.

Apa pun niatnya, kelakuan ini tidak dipersetujui penceramah, Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

Dalam ceramahnya berkaitan amalan baik di bulan Ramadan, Dr. Basit memberi contoh fakir miskin yang melalui restoran lalu teringin hendak menjamah makanan tapi tiada duit, sesetengah orang yang melihat gambar makanan yang dipos di FB pun teringin hendak menjamah makanan lazat yang dinikmati pengepos gambar tapi tidak mampu.

Tidak mampu itu pula tidak semestinya kerana faktor kewangan semata-mata tetapi mungkin kerana jarak dan masa. Secara tak langsung, pasti dia akan berasa terliur, kecewa dan terkilan.

“Tak baik begitu, tak bersyukur namanya. Bersyukur ini panggil orang makan, bukan tunjuk gambar yang kita makan,” kata Dr Basit.

Jadi selepas ini, timbang-timbangkanlah dahulu sebelum mengepos gambar makanan ke dalam FB.

Agak-agak kalau boleh buat orang terliur, poslah gambar makanan tersebut bersama ajakan untuk membelanja siapa yang teringin nak makan makanan lazat yang telah kita jamah. Macam itu baru betul! 
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved