Pasti ramai penonton yang mengikuti drama ‘Teduhan Kasih’ merasa geram dan menyampah dengan watak Ayu yang dilakonkan oleh Nabila Huda?
Nampak gayanya, Nabila berjaya membawa watak Ayu sebagai seorang wanita penggoda dan materialistik dengan baik kerana ada penonton yang mendakwa watak Ayu itu adalah perangai sebenar Nabila diluar dunia lakonannya.
Menurut aktress ini, tanggapan penonton itu tidak benar dan beliau sendiri tiada masa utuk berbuat perangai tidak elok seperti itu.
“Saya bukan macam itu. Karakter terbabit hanya sekadar lakonan dan bukannya realiti. Lagipun saya bawa watak tersebut berdasarkan imaginasi saya sendiri.
Saya memang suka berimaginasi, jadi lebih mudah untuk saya bawa watak sebegitu dan kadang-kadang kita lakukan sesuatu yang tak dijangka,” ujarnya.
Tambah Nabila, jujurnya beliau sendiri tidak menyukai wanita yang berperwatakan sedemikian.
“Saya sendiri tak boleh tengok diri saya dalam karakter seperti itu. Saya tak suka perempuan yang berperangai sebegitu dan saya benci, ” katanya.
sumber :http://semuthitam80.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment