Mahkamah Benar Ashraf Muslim Tarik Balik Permohonan Poligami

on Wednesday, 17 July 2013

Setelah lebih dua bulan berteka-teki berhubung spekulasi perancangan perkahwinan keduanya, pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim telah muncul di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk membuat permohonan berpoligami hari ini.

Mahkamah membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami kerana dia telah bernikah kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.

Dalam pada itu Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab telah mengarahkan Ashraf Muslim untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman kerana telah berkahwin dua

Permohonan itu bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas Ashraf, 32, menikahi isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Makkah. Sehingga kini pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Media sebelum ini melaporkan pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu tidak menafikan yang dia ada ke Mahkamah Syariah, tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya kerana perkara itu bersifat terlalu peribadi.

Dalam laporan Harian Metro semasa kisah ini hangat diperkatakan sebelum ini, Wan Sakinah, wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri kedua Ashraf mendakwa redha jika Ashraf berkahwin dengannya.

Ashraf juga telah berhenti menjadi perawat di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah milik bapa mertuanya tidak lama selepas itu.

Walaupun Wan Sakinah sudah mengeluarkan kenyataan, setakat ini Dayana sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perkara ini.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved