Lady Gaga bersama Taylor Kinney.
DEMI cinta sejati, penyanyi sensasi, Lady Gaga sanggup membeli sebuah sebuah beg galas bernilai kira-kira RM153,115 (£37,000) untuk dihadiahkan kepada kekasihnya, Taylor Kinney.
Pelantun lagu Born This Way memilih beg galas yang diperbuat daripada kulit buaya dan mempunyai tanda dari seorang pembuat beg terkenal, Damien Hirst untuk diberikan kepada Kinney sempena hari jadinya yang ke-32.
Beg galas yang unik itu merupakan versi mini dari Hirst dalam rekaannya dan mempunyai bulatan berwarna keemasan.
Satu sumber memberitahu akhbar The Sun bahawa Kinney sangat menyukai beg galas dan Gaga terus mendapatkan sebuah untuk kekasihnya.
"Gaga tahu hubungan mereka sangat serius, jadi dia sanggup untuk membeli beg mahal itu kerana sebelum ini Kinney pernah memberitahu Gaga bahawa dia inginkan sebuah beg.
"Selain itu, Gaga tahu Kinney meminati beg galas kerana dia (Kinney) tidak suka akan benda mewah seperti kereta mewah, rumah besar mahupun barangan lain yang mahal. Mungkin demi cinta mereka, beg galas sudah cukup sebagai hadiah," kata sumber itu.
Gaga, 27, juga telah merancang satu acara lain sempena hari jadi Kinney iaitu perjalanan untuk melawat keluarganya.
"Gaga telah mengatur penerbangan dengan jet ke Chicago bersama Kinney untuk melawat keluarganya," tambah sumber itu lagi.
sumber : http://www.utusan.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment