Walaupun rumah tangga yang dibina selama empat tahun dengan bekas isteri, Yang Azliyang tidak berkekalan, penyampai radio Hot FM, Kieran, 38 akui dia tidak fobia untuk menerima cinta baru dalam hidupnya.
“Siapa tak mahu bercinta tapi buat masa ini saya belum bersedia untuk cari pengganti. Perceraian saya dengan bekas isteri masih baru. Saya tak mahu orang mengata kononnya saya bercerai kerana orang ketiga. Biarlah buat masa ini saya kekal begini,” kata Kieran ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Media Prima Radio Network, baru-baru ini.”
Walaupun perpisahan tersebut sudah menjangkau setahun lebih, Kieran tetap merasa Aidilfitri kali ini berbeza kerana tidak dapat menikmati masakan ‘orang rumah’.
“Kalau nak dibandingkan, raya tahun lepas yang paling tidak seronok kerana kami sudah berpisah sejak Mac tahun lalu. Tapi sekarang saya sudah biasa dengan keadaan ini dan saya harap Aidilfitri kali ini lebih ceria. Tak jadi masalah kalau dah tak dapat rasa masakan isteri sebab mak masih ada,” kata Kieran.
Kieran yang kini menetap bersama ibunya berkongsi dia paling terasa sunyi apabila terpaksa berbuka puasa berdua dengan ibunya. Hanya kadang kala anak-anak Kieran akan datang berbuka puasa bersama.
“Memang ada masa terasa sunyi sebab di rumah tiada orang. Cuma saya dan mak. Jadi, sekarang saya ingin fokus pada kerjaya dan sukan. Saya rasa semua sudah maklum dengan minat saya terhadap bola sepak. Selain anak, itu adalah keutamaan saya sekarang,” ujarnya.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment