Kenchana Dewi Gigih Turunkan Berat Badan

on Tuesday, 23 July 2013



Pelakon komedi, Kenchana Dewi mendedahkan yang dia kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Selepas tamat program 'Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2', Kenchana telah memulakan rutin diet dan dia kini kehilangan berat badan sebanyak tiga kilogram.

"Berat badan saya meningkat semenjak saya memasuki program tersebut. Biasalah, program masakan, lepas selesai memasak, makan pula. Jadi, selepas program itu, saya telah memulakan diet. Saya tidak mengambil karbohidrat dan gula di samping bersenam," kata Kenchana yang kini kelihatan lebih langsing berbanding penampilannya dalam program tersebut.


Kenchana juga mengakui program 'Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2' sedikit sebanyak telah meningkatkan populariti dirinya.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved