Ikhwan (Hot FM) Berniaga Bersama Tunang

on Monday, 22 July 2013


Penyampai radio Hot FM, Ikhwan sibuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan di bazar Uptown Damansara bersama tunangnya Natasha Nadia.

Ikhwan atau nama sebenarnya atau nama sebenar Mohd Khairul Ikhwan, 30, berkata, dia mula membuka bisnes tersebut sejak enam bulan lalu selepas tunangnya berhenti daripada bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan MAS.

“Kami menjual barang-barang wanita seperti beg tangan, baju, aksesori dan kasut yang mana barangan tersebut diambil daripada luar negara.

“Alhamdulillah sambutan baik dan perniagaan ini pada asalnya dibuat secara dalam talian sahaja oleh tunang saya tetapi selepas dia berhenti kerja saya bantu dia untuk kembangkan lagi perniagaan itu,” katanya.

Tambah Ikhwan, biarpun perniagaan tersebut dikendalikan oleh tunangnya, namun dia turut memastikan sentiasa berada di kedai tersebut selepas tamat tugas di studio.

“Saya sentiasa ada di kedai, selepas tamat tugas di radio saya akan terus ke Uptown buka kedai kira-kira pukul 9 malam sehingga ke pukul 2 pagi.

“Tengoklah dulu sambutan bagaimana, kalau baik kami juga merancang untuk cari sebuah butik yang boleh beroperasi pada waktu siang hingga malam,” katanya.

Bercerita tentang hubungan dengan tunangnya yang diikat pada April lalu, Ikhwan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada akhir tahun hadapan.

“Kami ‘ikat’ setahun lebih dan mungkin juga selepas Hari Raya tahun depan kami akan nikah. Buat masa sekarang masa untuk cari duit.

“Setakat ini belum ada apa-apa persiapan untuk majlis tersebut,” katanya.

Tambah Ikhwan, pertunangan kali kedua ini membuatkannya lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan tersebut.

“Saya pernah putus tunang ketika umur saya 23 tahun ketika itu terlalu muda dan banyak membuat keputusan mengikut perasaan.

“Oleh itu kali ini saya lebih matang terutama jika ada masa-masa yang kami berselisih faham,

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved