Dan menurut portal mStar semalam, Fida menganggap Mamat hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Baguslah kalau dah saling bermaaf-maafan, tak baik simpan dendam.
Tambahan lagi, hubungan Fida dengan pelawak, Zalif Sidek pula, mereka sudah putus baru-baru ini setelah menjalinkan hubungan cinta selama 3 bulan. Sebabnya, ada seseorang yang mengakui dia kekasih Zalif.
"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi."
"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya,"
"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.
"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," -Fida
sumber : http://izyan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment