CLOONEY dan bekas kekasihnya, Stacy.
KISAH perpisahan aktor George Clooney dengan Stacy Keilber bukan baharu digembar-gemburkan. Ia telah menjadi buah mulut sejak seminggu lalu.
Namun kini, muncul satu versi 'panas' tentang perpisahan mereka. Menurut satu sumber, pasangan tersebut berpisah selepas tidak lagi melakukan hubungan seks selama sebulan!
"Mereka sudah tidak melakukan seks selama sebulan. Itu disebabkan oleh kesibukan Clooney. Aktor tersebut berada di Eropah sementara Stacy di Los Angeles," ujar sumber tersebut.
Sumber itu juga menjelaskan, bagi sesetengah wanita, berjauhan daripada kekasih dan tidak melakukan seks bukan satu masalah buat mereka, namun tidak Stacy.
Sementelah, wanita itu juga sedar bahawa Clooney seperti tidak mahu mengakhiri hubungan cinta mereka yang telah berjalan selama dua tahun dengan ikatan perkahwinan.
"Dia selalu berharap Clooney akan mengahwininya. Namun, dia sedar ia hanya satu fantasi yang tidak akan berkesudahan dengan realiti yang membahagiakan," ujar sumber tersebut lagi.
Dalam laporan terdahulu, Stacy, 33, dan aktor yang berusia 52 tahun itu dilaporkan berpisah tanpa perasaan dendam atau kerana sikap curang.
Mereka sebaliknya bersetuju untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment