Ciri-ciri Mukmin Berjaya perlulah dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan. Untuk menjadi mukmin berjaya telah diberi garis panduan dalam al-Quran. Cuba lihat Surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11.
Semua orang impikan kejayaan. Sebagai pelajar , kita inginkan kejayaan dalam pelajaran , sebagai pekerja , kita juga perlu mengejar kejayaan dan begitu juga semua perkara yang kita lakukan pasti inginkan kejayaan.
Berikut adalah garis panduan untuk menjadi Seorang Mukmin Berjaya yang telah digariskan dalam alQuran :
1. Beriman kepada Allah
2. Menunaikan solat dengan khusyuk
3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
4. Mengeluarkan zakat
5. Menjaga kehormatan diri
6. Menunaikan amanah dan janji
7. Menjaga waktu-waktu solat
PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
Memahami maksud setiap ayat dan lafaz
Tidak mengingati perkara lain
Memastikan suasana tempat solat tenang
Menumpukan pandangan ke tempat sujud
Memberi sepenuh perhatian kepada Allah
Ditunaikan secara ikhlas
Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat
Merasakan diri seorang hamba yang berhadapan dengan pencipta.
MENGELUARKAN ZAKAT
Kita wajib mengeluarkan zakat apabila telah cukup syaratnya.
Zakat difardhukan bagi membantu golongan fakir miskin
Pusat Pungutan Zakat di setiap negeri berperanan untuk mengutip zakat dan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memberi biasiswa kepada pelajar, membantu fakir miskin dan memberi latihan dan kemahiran kepada penerima zakat.
MENJAGA KEHORMATAN DIRI
Orang Islam wajib menjaga kehormatan diri dan memelihara maruahnya.
Diantara cara menjaga kehormatan ialah :
1. menutup aurat dengan sempurna
2. menjauhi pergaulan bebas dan zina
3. menyalurkan keinginan nafsu syahwat
melalui perkahwinan
4. menghindari perkara keji seperti rasuah
MEMELIHARA AMANAH DAN JANJI
Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia
Mereka yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik.
JENIS AMANAH DAN JANJI
CARA MELAKSANAKAN
1. Kepada Allah
· mengerjakan segala perintahNya
· meninggalkan segala perbuatan yang dilarang
· sentiasa mengagungkan kebesaran dan kekuasaan Allah
2. Kepada manusia
· melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan sempurna
· mengamalkan akhlak yang mulia terhadap manusia
3. Kepada alam sekitar
· memelihara dan memulihara alam sekitar
· tidak melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar
MENJAGA WAKTU SOLAT
Kita wajib menunaikan solat dengan sempurna pada waktunya.
Solat yang khusyuk dapat menghindari perbuatan keji dan mungkar.
Solat menjadi pemisah di antara keimanan dan kekufuran kepada Allah.
KESIMPULAN
Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia merupakan tiang agama
Allah telah menjelaskan ciri-ciri mukmin berjaya sebagai panduan
Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan dan maruah diri
Menunaikan janji adalah sifat peribadi mukmin
Setiap orang Islam mesti berazam untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat
Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia merupakan tiang agama
Allah telah menjelaskan ciri-ciri mukmin berjaya sebagai panduan
Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan dan maruah diri
Menunaikan janji adalah sifat peribadi mukmin
Setiap orang Islam mesti berazam untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat
sumber : http://sendiri.net/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment