Penyanyi Black, 26, akan mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Chira Khairi, 26, selepas raya ini.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah berkata, pengumuman tersebut sepatutnya dimaklumkan pada 3 Julai lalu namun terpaksa ditunda selepas raya kerana beberapa masalah.
"Saya agak terkilan juga sebab tidak dapat memaklumkan tarikh pernikahan
seperti yang dijadualkan. Apa pun saya berharap masalah yang terjadi akan
diselesaikan dengan kadar segera.
"Buat masa sekarang 50 peratus persiapan sudah siap dilakukan oleh
perancang perkahwinan, terutama dari segi rekaan konsep perkahwinan,"
katanya .
Juara program Mentor musim ke tiga itu telah bertunang dengan Chira pada
26 Januari lalu.
sumber : http://www.utusan.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment