Betul Ke Ainan Tasneem Bercinta Di Unimap?

on Monday, 8 July 2013

Tahniah buat Ainan Tasneem yang berjaya melancarkan album mininya! Desas-desus gosip hangat mengenai Ainan Tasneem yang dikatakan bercinta di UNIMAP, Perlis! Betul ke Ainan? Mungkin hanya kawan kot, di UNIMAP kan ramai kawan sekuliah, memanglah kena buat tugasan dalam kumpulan, study group dan banyak lagi. Jika betul Ainan Tasneem sudah ada kekasih pun apa salahnya kan? Dikala usia remaja ini, siapa tidak minat dengan Ainan Tasneem? Penulis pun tertarik dengan Ainan Tasneem.. Ehemm..


Ainan Tasneem Mencuri Lagu Penyanyi Lain?
Enggan terus menerus ditimpa kontroversi selepas dikatakan ‘demand’ dan mencuri lagu orang lain, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi YouTube, (Gambar Artis) Ainan Tasneem Ridzuan memilih untuk tidak digandingkan bersama artis lelaki yang bukan muhrimnya.
Meskipun sedar gosip yang hangat mengatakan dia pernah berkepit bersama kekasih hati di tempat belajarnya itu semua bukan alasan untuk penyanyi berusia 21 tahun ini mempertahankan keputusan berkenaan. Malah, larangan itu juga adalah salah satu syarat yang diberikan ayahnya untuk terus berkarya sebagai anak seni.

Ditemui pada sesi pelancaran album mininya baru-baru ini, Ainan Tasneem mengakui syarat ketat yang diberikan oleh ayahnya itu sedikit pun tidak menggugat jiwa remajanya sebaliknya dia sendiri selesa dengan keadaan itu.
“Saya tidak beranggapan syarat yang dikenakan oleh ayah sangat berat. Sebagai remaja yang bukan jenis suka berkeliaran tidak tentu hala saya tidak berasa ia satu tekanan.
“Pada saya apa yang ayah lakukan bersebab dan salah satunya mungkin untuk mengelakkan saya menjadi mangsa fitnah tambahan pula dengan imej yang saya bawa rasanya ia bukan masalah.

Ayah Ainan Tasneem Tidak Mahu Lelaki Bukan Muhrim Bergambar Dengan Anaknya“Malah saya selesa untuk mengikutnya kerana saya sendiri bukan seorang yang gemar bergambar dengan lelaki. Begitu juga dengan isu teman lelaki sebenarnya saya hanya beberapa kali keluar dengan dia dan tidak sangka perkara itu sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Mencari peluang untuk memasarkan album mininya pada waktu ini, Ainan mengakui sekarang dia sedang bercuti tiga bulan sehingga September depan dan waktu inilah digunakan untuk menghadiri sesi fotografi bersama wartawan dan memenuhi undangan nyanyian.
“Saya sedar pernah timbul isu orang mengatakan saya mula ‘demand’ sehingga menolak banyak tawaran persembahan. Jujur saya katakan sejak awal menjadi artis di bawah label MVM Production saya sudah beritahu pengurusan tidak akan menerima sebarang persembahan yang bertentangan dengan jadual kuliah.

“Sebagai artis dan juga pelajar saya mahu kedua-duanya seiring dan peluang menjadi artis yang diberikan kedua orang tua harus saya manfaatkan dengan baik justeru saya tidak mahu disebabkan sibuk menyanyi saya mengabaikan pelajaran.
“Saya akui kadang kala kecewa apabila ditawarkan persembahan dengan bayaran yang lumayan tetapi terpaksa ditolak disebabkan ia bertindih dengan jadual kuliah saya,” katanya yang masih menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dalam jurusan kejuruteraan Bioproses bagi tahun ketiga.

Ainan Tasneem berkata lagi, hasratnya menjadi penyanyi mendapat restu kedua-dua orang tua selepas tujuh syarikat tampil menawarkannya menjadi artis rakaman sejak mendengar lagunya Aku Suka Dia dimainkan di laman YouTube.
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved