Awal Dan Scha Tangguh Hajat Tunai Umrah

on Friday, 12 July 2013

Nampaknya hasrat pelakon Awal Ashari dan isterinya Scha untuk mengerjakan umrah tahun ini dibulan Ramadhan bersama keluarga tak dapat ditunaikan kerana ada masalah dengan visa.
             

Awal Ashaari yang terkilan dengan perkara itu, turut menyatakan selain itu pergolakan di Mesir dan kejadian rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang,membuatkan beliau terpaksa membatalkan niatnya itu atas dasar keselamatan dirinya dan keluarga.

Menurut Awal lagi,

“Ikutkan kami sekeluarga akan pergi seramai lapan orang termasuk, ayah, ibu dan mentua, tetapi disebabkan kami mendaftar pada saat akhir, agensi memaklumkan, sukar untuk mendapatkan visa sekaligus. Tambahan pula ketika Ramadan, jumlah jemaah berganda berbanding bulan biasa.”

“Selepas berbincang, kami bersepakat menangguhkan dulu pemergian ke sana. Saya memang pilih bulan puasa untuk merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci dengan isteri dan keluarga terdekat tapi nampaknya belum ada rezeki.”

“Mungkin ini ada hikmahnya. Ibu bapa saya pula taklah sekuat dulu. Sekarang mereka bersolat di kerusi, jadi dalam keadaan jemaah yang ramai, ada saudara terdekat menasihati kami mencari waktu yang sesuai.”

Untuk info, Awal Ashaari pernah mengerjakan umrah dan menyambut 1 Syawal di mekah pada tahun 1998. Insyaallah Awal akan cuba mencari tarikh yang sesuai untuk beliau dan keluarga bersama menunaikan umrah di Mekah.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved