Arjun kagumi Salman, Hrithik

on Friday, 5 July 2013



Walaupun masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan tetapi Arjun Kapoor sudah masak dengan ragam di Bollywood kerana dia adalah anak produser Boney Kapoor dan anak saudara aktor veteran Anil Kapoor.
Justeru, dunia glamor bukanlah sesuatu yang asing baginya. Sejak kanak-kanak lagi dia sudah biasa melihat Salman Khan di set filem bapanya.

“Pada tahun 90-an bapa saya pernah menganjurkan persembahan di New York, United Kingdom dan Dubai. Waktu itu saya lihat peminat seperti histeria apabila nampak artis. Penonton naik ‘gila’ apabila melihat aksi Anil.
“Dulu orang susah nak berjumpa artis tetapi sekarang setiap hari wajah pelakon kegemaran mereka terpampang dalam media menyebabkan orang dah tak kisah sangat bila berjumpa dengan artis. Muka kami dah basi.

“Pernah dulu peminat anggap artis seperti Tuhan. Hanya Salman Khan yang saya lihat masih dipuja kerana dia tidak muncul di tempat sembarangan,” katanya.Melanjutkan bicara, jelas Arjun kini pelakon bukanlah seorang bintang tetapi pelakon biasa saja.
“Kalangan intelektual yang menonton filem lakonan kami tidak pernah menganggap pelakon Tuhan mereka. Untuk seorang pelakon mencapai kejayaan yang luar biasa dia mestilah berada pada tahap tertentu bukan setakat yang biasa-biasa saja.
“Pelakon sekarang terpaksa bekerja keras untuk menjadi seorang bintang dan Hrithik Roshan adalah salah seorang bintang itu,” katanya.

Arjun pernah memiliki berat badan 140 kilogram tetapi dalam masa lima tahun dia berjaya menurunkan beratnya kepada 87 kilogram dengan bersenam di gimnasium.
“Kita mesti nampak bagus dalam filem kerana peminat mengeluarkan wang untuk menonton filem kita. Jangan pandang remeh soal imej dan penampilan,” katanya.
Jejaka berfikiran matang dan berpandangan luas ini juga berkata, dia tiada rakan karib di Bollywood kerana dia berkawan dengan semua orang.

“Semuanya kawan saya. Saya membesar dengan produser Varun dan Rohit Dhawan, pergi ke parti harijadi Ranbir Kapoor dan saya berkawan dengan Katrina Kaif sejak mula-mula dia jadi pelakon.
“Saya kenal Anushka Sharma dan Parineeta Chopra pernah berlakon dengan saya. Sekarang saya berlakon dengan Alia Bhatt dalam filem 2 States.
“Tetapi Salman Khan bukan kawan saya, dia saya anggap seperti abang saya. Sebab itu saya kata, saya tiada rakan karib kerana saya rapat dengan semua orang.
“Saya selalu keluar dengan Ranbir, Ranveer, Arjun, Varun dan Siddarth Malhotra. Kami tidak bersaing tetapi bersama-sama bekerja keras untuk berjaya,” katanya.




sumber : http://www.hmetro.com.my/




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved