Hubungan aktres Anushka Sharma dengan Deepika Pandukone sebelum ini memang diketahui tidak begitu baik dan ianya dikatakan ada kena-mengena dengan aktor Ranveer Singh.
Khabarnya, si Anushka Sharma sebelum ini telah berdating dengan Ranveer Singh, tapi entah macam mana, tiba-tiba si aktor kacak itu telah dilihat asyik menghabiskan masa dengan dengan kawan baiknya, Deepika Pandukone.
Senang cakap Deepaka dikatakan telah merampas Ranver daripada Anushka. Sebagai teman yang akrab, sudah tentulah Anushka Sharma terasa apabila Deepika Pandukone dilihat begitu mesra dengan lelaki yang disukainya itu.
Apapun, kedua-dua aktres ini nampaknya telah berjaya melupakan kisah perseteruan mereka itu sewaktu menghadiri parti Shah Rukh Khan yang diadakan di Macau pada minggu lalu.
Malah, kedua-dua mereka dilaporkan telah berpelukan dan menari bersama. Nampaknya kedua-dua mereka telah menjadi BFF semula. Lagipun, nak buat apa bergaduh kerana seorang jantan...
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment