Bismillahirrahmanirrahim..
As Salam,
tak terasa masa cepat berlalu, tarikh melihat anak bulan Ramadhan telah pun di umumkan ia itu pada petang Isnin 8hb July 2013 bersamaan 29hb Syaaban 1434 Hijrah..
Ini bermakna kita akan mula berpuasa samada pada hari selasa atau rabu minggu depan... InsyaAllah.
Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dimana ganjarannya adalah syurga. Ia juga bulan simpati, bulan yang ditambah rezki kepada orang-orang yang beriman.
Sesiapa yang memberi makan kepada mereka yang berpuasa untuk berbuka , maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dari neraka.
Mereka juga mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun ganjaran pahalanya.
Daripada Anas R.A. Baginda bersabda :
Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.
Wallahu'alam.
sumber: http://norazis2908.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment