Mungkin mereka berdua berbaik-baik selepas penghijrahan itu kerana Aeril juga sedang mendalami ilmu agama sekarang ini. Kata Aeril:-
Kami selalu berhubung sebelum ini. Sejujurnya memang saya meminati dia, tetapi lakonannya saja. Belum ada apa-apa yang serius lagi. Saya amat menghormati dia dan keluarganya. Jadi ini saja jawapan yang boleh diberikan buat masa ini. Ada sebab peribadi menghalang saya memikirkan secara serius soal bercinta sekarang. Akan datang tidak tahulah
Rasanya ramai jejaka-jejaka di luar sana yang menarik nafas lega kerana hubungan mereka berdua sekadar kawan. Daripada apa yang didengar, ramai yang menjadikan Ummi sebagai wanita idaman mereka kerana wajah Melayunya yang asli. Apa pun sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini Ummi Nazeera daripada mulutnya sendiri.
sumber : http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment