Aedy Ashraf Makin Dewasa

on Thursday, 11 July 2013

Pelakon yang terkenal dengan watak kanak-kanak, Aedy Ashraf, ternyata sudah menginjak dewasa. Kini, pemilik nama ini sudah pun berumur 20 tahun. Namun, dia masih dilihat membawa watak kanak-kanak dan remaja.

Terbaru, Aedy sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri terbitan Suhan Movies, ‘Sahabat’. Kali ini, dia membawa watak seorang pelajar lepasan SPM. Biarpun menyedari situasi sebenar, Aedy dia tidak pernah menolak rezeki kerana percaya pengarah dan pihak produksi yakin dia masih sesuai membawa watak kanak-kanak.

“Saya tak pernah rasa ralat apabila saya masih mendapat tawaran untuk membawa watak kanak-kanak dan budak sekolah. Bagi saya, itu rezeki. Selagi umur saya sesuai membawa watak seperti itu, saya akan terima,” ujar Aedy.

Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada usia tujuh dan lapan tahun, Aedy rupanya mewarisi darah seni daripada ibunya yang merupakan seorang pelakon sekitar tahun 80-an.

“Dulu saya selalu teman mak pergi ‘shooting’. Kebetulan mereka perlukan pelakon tambahan kanak-kanak. Jadi mereka minta saya untuk berlakon. Saya tak faham apa-apa waktu itu, saya hanya buat apa yang diminta. Menurut mak saya, watak saya tiada skrip pun. Tapi saya yang ingin berdialog”, jelas Aedy.

Walaupun sudah lama menceburkan diri dalam bidang lakonan, namun nama Aedy masih belum kuat terpahat di hati peminat. Bagi anak muda ini, perkara itu tidak menjadi masalah kerana dia sudah dididik untuk tidak mengejar popular.

Dikala rakan-rakan seusianya sedang berjuang di menara gading, bagi Aedy dia tidak berminat untuk sambung belajar. Sebaliknya, Aedy ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan mempunyai impian untuk menubuhkan sebuah studio lakonan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved