2 wanita sebabkan kematian dipenjara 15 tahun

on Friday, 5 July 2013



IPOH: Dua wanita dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menyebabkan kematian seorang peniaga barangan lusuh di sebuah hotel bajet di sini, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, menjatuhi hukuman itu terhadap S Piriyatarschini, 24, dan M Sri Saraswathi, 31 , berkuatkuasa tarikh tangkapan iaitu 25 Mei 2010 selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK).

Mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan hingga menyebabkan kematian B B Thangaraja, 41, di sebuah bilik di Hotel Dragon & Phoenix, 23-25, Jalan Toh Puan Chah, di sini, pada jam kira-kira 6.30 petang hingga 7.30 petang, 10 Mei 2010. 

sumber :http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved