NAS-T TETAP SAYANGKAN NABILA

on Sunday, 16 June 2013

Semalam Nabila Huda mengejutkan banyak peminat dunia hiburan apabila mendedahkan kenyataan yang membayangkan hubungannya bersama Nas-T mungkin lebih baik sebagai sahabat berbanding sebagai kekasih.



Hari ini, kosmo yang telah berjumpa dengan Nas-T bertanyakan status hubungan mereka sebagai kekasih, namun Nas-T juga terkejut dengan kenyataan Nabila enggan memberikan komen berhubung kenyataan itu.

"Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi.Bila diajukan soalan adakah mereka telah bergaduh, Nas-T mengakui sambil menjawab,

"Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini.Dalam pada itu Nas-T juga mengakui dirinya terkejut dengan kenyataan Nabila di Instagram,

"Terkejut juga tetapi saya sudah lama kenal dia sejak kami kecil lagi. Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu.

Mengakui dirinya tetap sayangkan Nabila kerana telah berkawan sejak kecil sehinggalah bercinta, Nas-T juga berkata hubungan mereka akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Dalam pada itu, Nast-T tetap masih menganggap Nabila sebagai kekasih kerana kerana menganggap kehadiran Nabila amat melengkapi dirinya.

Berkaitan masa depan hubungan mereka pula, Nas-T menjelaskan, dia juga tidak mampu meramal, namun tetap selesa bersama sebagai sahabat baik serta kekasih. Nas-T juga mendakwa Nabila amat memahami dirinya dan beliau juga amat memahami Nabila. 

Tambahnya lagi, andai jodoh antara mereka kuat, mungkin mereka akan berkahwin tetapi jika tidak, dirinya akan tetap ada dalam hidup Nabila sebagai sahabat baiknya sampai bila-bila", ujarnya.

Sumber : www.kosmo.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved