Michael Jackson Mengaku!

on Friday, 28 June 2013


Paris (kiri) dan Prince dipercayai anak kandung Mark Lester.

SALAH seorang rakan baik mendiang Michael Jackson hari ini memberitahu, dia mengenali siapa sebenarnya ayah kandung kepada Paris dan Prince.

Jason Pfeiffer juga memberitahu Raja Pop itu sendiri pernah mengakui hal ini beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia. Malah menurut Pfeiffer, bapa sebenar kepada Paris dan Prince adalah seorang aktor British, iaitu Mark Lester.

"Michael merasakan Mark sebagai seorang rakan terdekat. Dia pernah memberitahu Mark sebagai seorang pelakon yang hebat. Malah dia turut mengakui kepada saya dia telah memilih Mark dari beberapa penderma sperma lain," katanya.

Michael Jackson mempunyai dua anak dengan Debbie Rowe, sementara seorang lagi anaknya dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Malah Lester sebelum ini juga pernah membuka persoalan ini melalui temu ramah yang mengatakan dia mungkin ayah kandung kepada dua anak Jackson itu kerana pernah menderma sperma. Malah sewaktu anak kedua Jackson, Paris mengalami kecelaruan diri dan mahu membunuh diri baru-baru ini, Lester dengan sikap bertanggungjawab mahu melindungi anak itu dengan menawarkan sebuah rumah untuk Paris.

Jackson yang meninggal disebabkan menerima dos anesthetic Propofol secara berlebihan daripada doktornya juga pernah menawarkan Lester untuk berbaik-baik dengan anak-anaknya itu.

Sementara itu menurut Lester dia sanggup menjalani ujian DNA bagi membuktikan kebenaran itu. Bagaimanapun dia tidak akan memaksa mereka untuk melakukan ujian tersebut kerana masih menghormati mendiang Jackson.

"Terpulang, saya tidak mahu mengganggu urusan mereka. Saya akan terus berhubung dengan mereka melalui hubungan ayah angkat yang sudah dipersetujui oleh Michael.

"Anak perempuan saya yang berumur 18 tahun mempunyai wajah seiras Paris. Malah orang ramai juga menyedari persamaan di antara saya dan Prince Michael," katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved