Jupe menunjukkan tabik kepada jurugambar selepas bebas dari tahanan
PELAKON dan penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe akhirnya dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan di Rumah Tahanan (Rutan) Pondok Bambu, Jakarta Timur.
Jupe keluar dari Rutan dengan berpenampilan serba merah seperti pramugari.
Katanya, pakaian itu sudah disiapkan seminggu lalu.
“Sekarang saya kembali lagi bersama kalian semua. Alhamdulillah saya sudah bebas,” katanya kepada pemberita, pagi tadi.
Menurut laporan media tempatan, kebebasan Jupe disambut ratusan penduduk setempat.
Setelah dibebaskan, Jupe terus singgah ke beberapa masjid untuk menunaikan nazarnya dengan menyampaikan sumbangan berupa Al-Quran.
Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010.
Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.
Dewi Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu, belum lagi menjalani hukumannya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment