JEREBU MAKIN TERUK, SEKOLAH DIARAH TUTUP

on Thursday, 20 June 2013



BATU PAHAT: Semua sekolah di Batu Pahat telah diarahkan untuk ditutup selama dua hari berikutan kemerosotan kualiti udara di daerah ini.

Jabatan pendidikan daerah mengeluarkan notis kepada semua sekolah-sekolah berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi 300, yang dianggap berbahaya.

Di SJK (C) Ai Chun (2), guru sekolah dilihat berdiri di luar sekolah, memberitahu ibu bapa pelajar sesi petang berhubung penutupan sekolah.


 

LEBIH 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi Khamis

Guru Besar Ho Weng Tack berkata sekolah itu menerima arahan daripada pejabat daerah pada tengah hari supaya menutup sekolah pada hari Khamis dan Jumaat untuk kesihatan dan keselamatan pelajar.

"Sekolah ini sedikit huru-hara hari ini kerana kita sibuk memaklumkan kepada ibu bapa, menghantar mesej teks dan dalam masa sama mengendalikan pelajar sesi pagi," katanya ketika ditemui di sekolah itu di Jalan Mohd Khalid.

Ho berkata sekolah-sekolah akan menunggu notis selanjutnya daripada jabatan pendidikan berhubung kelas gantian.

Sumber : mStar Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved