Hati ‘tertinggal’ di Eropah

on Saturday, 29 June 2013


Dalam mencari ketenangan, pelakon Ramona Zam Zam gemar melancong. Justeru, kesempatan yang ada pada Mac lalu digunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa selama sebulan melancong ke beberapa negara Eropah antaranya United Kingdom (UK), Itali, Perancis, Switzerland dan Liechtenstein.

Ramona yang semakin popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi itu juga beruntung kerana tidak perlu memikirkan tempat penginapan berikutan ramai saudara­nya berkahwin dengan bangsa asing menetap di sana termasuklah kenalannya yang belajar di UK.

Pelakon cantik itu memulakan perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland untuk ke rumah sepupunya yang dikenali sebagai Dada di sana.

Dia berada di negara itu selama lebih dua minggu sebelum bersama-sama Dada memandu ke Milan dan Im Moos di Itali; Evian-les-Bains (Perancis) dan sebuah negara kecil di Eropah iaitu Liechtenstein


BERADA di kota fesyen, Milan, Itali sememangnya menyeronokkan


PEMANDANGAN indah di Liechtenstein.


KETIKA di Geneva, Switzerland.




sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved