Foto : Memey Suhaiza & Abby Abadi Bercuti Bersama

on Thursday, 27 June 2013


Hujung bulan Mei lalu, Memey Suhaiza dan Abby Abadi difahamkan telah bercuti bersama sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.

Jika dilihat melalui laman Instagram Memey, nampaknya selebriti ini bukan sekadar bercuti berdua, malah mereka turut ditemani oleh anak-anak dan Norman Hakim.

Dalam kesemua foto yang dikongsikan oleh aktres anggun ini, OHBULAN! tertarik dengan sekeping gambar yang menunjukkan Norman Hakim sedang berdiri diantara Memey dan Abby Abadi berserta perkataan berbunyi, Pada Syurga Di Wajahmu.

Foto tersebut seolah-olah mempunyai maknanya yang tersendiri, sehingga ada peminat menyuarakan hasrat untuk melihat Abby Abadi dan Norman Hakim bersatu kembali seperti sebuah keluarga.



Namun begitu, tidak semua peminat mempunyai pendapat dan hasrat yang serupa. Ini kerana, ada segelintir peminat lebih selesa melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh kedua-dua buah keluarga ini dibiarkan berterusan seperti biasa tanpa perlu mengungkit kisah lampau yang pernah tercetus antara mereka.



Abby Abadi & Memey 13

sumber : http://www.ohbulan.com/






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved