Sebaliknya, Ashraf memberitahu dia kini sibuk menguruskan syarikat produksinya, Hidayah Productions. Menurut Ashraf, produksinya itu sebenarnya sudah lama wujud. Terkini, telemovie berjudul Qarina terbitan produksinya bakal ditayangkan pada 26 Julai ini di TV3.
“Saya ada banyak benda nak buat. Kalau saya mengubat tu memang saya jarang ada masa untuk buat benda lain. Sekarang saya dah keluar dari pusat rawatan tu, saya ada lebih banyak masa untuk menguruskan perniagaan saya sendiri. Saya nak fokus pada produksi saya. Selain tu saya ada seminar dan buat ceramah motivasi di beberapa tempat. Saya juga terlibat dengan program Mualaf di Johor.”
Selain Ashraf juga dalam proses mengeluarkan beras menggunakan jenama Muslim bersama dua rakan kongsinya tidak lama lagi.
“InsyaAllah saya akan memulakan perniagaan beras di bawah jenama Muslim yang dijangka akan berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Sekarang dalam proses pengilangan yang terletak di Pandamaran, Klang.”
Tidak hanya menumpukan pada dua perniagaan itu sahaja, Ashraf juga merupakan seorang pengedar tunggal bagi minyak wangi jenama Solat Perfume di seluruh Malaysia.
“Selain itu saya juga sebagai solat perfume. Saya dah bukak booth di KL sentral, PKNS dan di Jalan TAR.”
Sementara ditanya mengenai penglibatannya dalam dunia lakona, ujar Ashraf disebabkan jadualnya yang padat, jadi dia amat selektif dalam memilih produksi lakonannya. Dia akan menerima tawaran sekiranya mempunyai masa dan skrip yang sesuai.
sumber :http://www.budiey.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment