Anak Tidak Kisah Fauziah Latiff Bercinta

on Wednesday, 26 June 2013


Baru-baru ini telah tersebar gambar anak teruna Fauziah Latiff yang sudah menjangkau usia remaja. Walaupun gambar terebut tidak keterlaluan, namun penyanyi itu enggan kisah anaknya diberi perhatian dalam media massa.

“Biarlah mereka menjalani hidup mereka seadanya. Lagipun mereka masih bersekolah. Saya lebih selesa jika mereka membesar seperti kanak-kanak lain”, kata Fauziah atau Jee ketika ditemui pada majlis sidang media Polleney di Hotel Royal Bintang Damansara, baru-baru ini.

Jee memiliki dua anak lelaki, Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, hasil perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Johan Indot. Namun rumah tangga yang dibina selama 10 tahun tidak dapat bertahan lama.

Sudah enam tahun sejak perceraian tersebut, kata Jee, anak-anaknya mengizinkan sekiranya Jee mencari cinta baru. Namun bagi wanita itu, dia bahagia hidup sendiri disamping anak-anak.

“Anak saya ada berkata mereka tidak kisah jika saya bercinta lagi. Malah, mereka yang menyarankan untuk saya cari pengganti. Tapi saya lebih selesa begini”, kata Jee menerangkan dia tidak mahu terburu-buru mencari cinta, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Saya dah lalui pelbagai pengalaman dalam rumah tangga. Jadi sekarang, biar takdir yang menentukan jodoh saya. Jika ada jodoh, Alhamdulillah. Jika tiada, tak jadi masalah buat saya”, katanya mengakhiri perbualan.


sumber : http://www.gua.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved