Gelagat Piala FA 2013

on Sunday, 30 June 2013

Gelagat Piala FA 2013 ini adalah koleksi gambar ehsan dari akhbar-akhbar utama tempatan. Segala kredit diberikan kepada sumber asal. Terima Kasih.


SEBAHAGIAN penyokong Johor Darul Takzim yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi akhir Piala FA antara pasukan itu menentang Kelantan malam ini. - UTUSAN


GELAGAT seorang penyokong fanatik Kelantan menjelang pertemuan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN


ANTARA penyokong wanita Johor Darul Takzim yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pertemuan bersejarah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - UTUSAN


GELAGAT tiga gadis yang juga penyokong Kelantan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - UTUSAN




Salma Dah Lupa Diri



BAB artis lupa diri ini Miss J nak bagi tahu awal-awallah yang Miss J memang tak berkenan. Sebab dalam buku senarai rekod artis Miss J ini sudah ramai yang terkena ‘penyakit’ bila dah popular.

Sudah pastilah si artis dakwa dirinya tak berubah. Yang sedar perubahan sikap si artis itu sudah pastilah orang yang menjaga atau yang pernah bekerja dengan artis tersebut.

Begitu juga dalam kes penyanyi kelahiran Sabah, Salma yang kini sudah cantik bertudung. Miss J dapat tahu yang dia semakin berubah. Jauh berubah daripada Salma yang dahulu, yang dengar kata dan baik hati.

Sekarang ini Miss J dengar Salma kalau ada tawaran persembahan, ikut hati dia nak atau tidak. Malah ada juga Salma lepaskan pada saat-saat akhir kalau dia rasa show itu macam tak best.

Perangai Salma itu telah menyusahkan banyak pihak. Miss J yang mendengar keluh resah ini pun turut sedih. Sebab Miss J tahu bakat besar yang ada pada Salma.

Bukannya apa, nanti asyik buat perangai, orang dah tak peduli. Masa itu siapa yang susah? Fikir-fikirkanlah.

sumber : http://www.utusan.com.my/


Banglo Mewah Khairy Jamaluddin Dipecah Masuk



Banglo menteri yang dipecah masuk di Bukit Damansara malam tadi dikenalpasti merupakan milik Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut sumber, antara barangan yang dicuri adalah komputer riba dan jam tangan dianggarkan bernilai RM24,000.

Difahamkan ketika kejadian, Khairy tiada di kediaman berkenaan dan ia hanya dihuni oleh pembantu rumahnya.
kredit to http://www.bloghangat.com/

Gambar Neelofa - Dewi Remaja

Gadis kacukan Melayu dan Pakistan Arab yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor atau nama artis beliau Lofa kini sedang mencipta nama dipersada seni tanah air.

Artis ini bermula sebagai peserta Dewi Remaja sama dengan pelakon Sacha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam namun diawal kemunculannya sudah menimbulkan gossip panas yang menghantui beliau. Jom layan gambar gambar dia..








kredit to http://gelihatinya.blogspot.com/

Gambar Terbaru Nelydia Senrose



Sebelum ini telah timbul perlbagai gosip mengenai Nelydia Senrose dimana khabarnya telah menjalinkan hubungan serius dengan seorang pelakon juga. Kesahihanya masih menjadi tanda tanya.

Tapi hari ini penulis ingin kongsikan gambar gambar wajah Nelydia yang hot dan menjadi kegilaan remaja pada abad ini. Jom kita lihat raut raut wajah gadis ini yang cute dan comel ini dari gambar-gambar instagram artis remaja berbakat ini.







kredit to http://aiskosong.com/

Kisah Benar- Aaron Aziz Pernah Menyertai Kumpulan Gengster Singapura

Kisah benar abang Aaron Aziz kita ini sebenarnya memang seorang gengster dari Singapura suatu ketika dulu semasa remaja. Kisah ini diakui sendiri untuk berkongsi bersama peminat, agak-agak abang Aaron Aziz buat kerja apa semasa masuk jadi gengster dulu? Cuba teka sendiri ya.. Gaya samseng Aaron Aziz nampak real kalau para peminat perasan, tak percaya? Cuba tengok berulang kali dalam filem-filem aksinya.

Pendedahan Aaron Aziz Melakukan Aktiviti Tidak Bermoral

Pelakon Aaron Aziz mendedahkan dia pernah melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya dengan menyertai satu kumpulan gengster di Singapura.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37 tahun, berkata, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

Gambar Aaron Aziz Gaya Seorang Gengster Sebenar

"Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat.
"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya," katanya.
Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait di sini pada Khamis. bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.
Aaron, pelakon dari Singapura itu merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul i E! Special: Aaron Aziz
Kisah Benar Aaron Aziz Menyertai Kumpulan Gengster Dikongsi Bersama Peminat
Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro, 712.
Dalam pada itu, Aaron juga akan berkongsi rahsia peribadinya dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.
"Tak silap saya ada dalam 30 peratus rahsia saya didedahkan kepada umum. Jujurnya saya tak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.
"Saya menyifatkan ia sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat diri. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.
"Apabila saya kata tidak banyak kontroversi yang ada, mereka terkejut. Malah tidak sangka perwatakan saya sangat santai ketika ditemu bual. Mereka kata saya ini seorang yang rendah diri," ujarnya.
kredit to http://www.mohdrohaizad.com/

Kontroversi Shah Jaszle Terjejas?



TAHUN ini nampaknya bukanlah tahun cemerlang buat pelakon Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle yang dihurung dengan kontroversi panas kes khalwat dengan Farah Nurizzati Salleh ketika masih menjadi tunangan Redzwani Puteri.

Sebelum Farah, Shah pernah dikaitkan dengan bermacam kisah panas dengan beberapa aktres antaranya pelakon cantik Maria Farida dan Miera Leyana.

Semua ini cukup mengukuhkan persepsi masyarakat terhadap Shah yang layak digelar artis playboy!

Tidak cukup dengan isu khalwat, timbul pula isu putus tunang dengan Puteri dan kejadian menyerang Farah di tempat kerjanya sehingga dikatakan menjadi punca wanita itu diberhentikan kerja.

Dalam kalut mengharung kontroversi, tiba-tiba timbul pula cerita Shah berhutang dengan pengacara program MeleTop, Neelofa berjumlah RM5,000.

Dengan kontroversi yang melanda, ramai yang beranggapan Shah tak boleh lari daripada masalah kerjayanya yang dikatakan turut terjejas.

sumber : http://www.utusan.com.my/



Pengakuan Cinta Baim Wong

Elfira Loy dan Baim Wong bukan baru kenal, dari pengakuan Elfira mereka sudah kenal lama sejak tahun 2011. Jadi Elfira 19 dan Baim Wong 32 sudah menjadi kawan baik bukan sekadar pasangan dalam telemovie Untuk Terkakhir Kali yg baru ini ditayangkan di Astro Ria.

Kisah cinta Baim Wong dan Elfira menjadi topik panas apabila Baim secara spontan membuat pengakuan Elfira ialah cinta hatinya. Ini membuatkan Elfira tergamam seketika.

Pengakuan Elfira yang terkejut dengan kata kata Baim Wong dalam Meletop, dia tidak dapat tidur lena semalaman kerana memikirkan kata kata Baim.

“Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang.

“Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey,”

Elfira aggap Baim hanya bergurau

“Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan,” jelas Elfira yang bersifat terbuka.

Tambah Elfira: “Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang.”
Baim mengaku dia hanya bergurau

“Saya hanya bercanda tentang hal itu. Antara saya dan Elfira memang tidak ada hubungan istimewa, cuma teman biasa. Usah fikir keterlaluan,” ujar Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim itu kepada Sensasi Bintang.
kredit to http://nurizspace.com/


“Persoalan jodoh itu belum hadir. Jadi, tumpuan saya lebih pada karier. Ketika ini, saya akan kembali sibuk dengan penggambaran sebuah sinetron berjudul Tasmina,”



………………

Nasib baik Baim baitahu awal awal dia cuma buat joke saja, jangan permainkan perasaan wanita..kesian Elfira

10 Pusat Membeli Belah Terbesar Di Dunia



10. Sunway Pyramid, Subang Jaya, Malaysia – 396 000 meter persegi

Anda tidak akan terlepas peluang untuk berkunjung ke sini jika anda berada di kawasan Bandar Sunway di Subang Jaya. Pusat membeli belah ini mempunyai reka bentuk seperti piramid dan seekor singa gergasi di hadapan pintu masuk. Ianya telah dibuka pada tahun 1997 dengan beberapa pembangunan semula yang dilakukan pada tahun 2007. Ia mempunyai lebih daripada 800 kedai dan perkhidmatan yang disediakan. Seluruh bangunan pusat membeli belah ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang diilhamkan dari Mesir, termasuklah pseudo hieroglyphics dan patung firaun.



9. Cevahir Mall, Istanbul, Turki – 420 000 meter persegi

Cevahir Mall juga dikenali sebagai Sisli Kultur Ve Ticaret Merkezi. Ia dibuka pada 15 Oktober 2005 dan dianggap sebagai pusat membeli belah yang terbesar di benua Eropah. Pusat membeli belah ini terletak di daerah Sisli Istanbul dan mempunyai 343 kedai, 48 restoran, 12 buah rumah filem, pentas persembahan, pusat bowling dan juga roller coaster. Dengan ketinggian enam tingkat, ia dilengkapi dengan kedai-kedai runcit, kedai berjenama antarabangsa, dan semua rangkaian restoran makanan segera seluruh dunia di pusat membeli belah ini.



8. Mid Valley Megamall, Kuala Lumbur, Malaysia – 420 000 meter persegi

Mid Valley Megamall dibuka pada akhir tahun 1999 dan mempunyai 430 kedai dan perkhidmatan di sana. Selain daripada pusat membeli belah, ia juga dilengkapi dengan pusat konvensyen, 646 bilik bussines hotel yang dikenali sebagai MidValley Cititel, Boulevard Hotel dan juga menara pejabat 11 tingkat yang eksklusif.



7. Central World, Bangkok, Thailand – 429 500 meter persegi
Central World dibuka pada tahun 1990 dan secara ringkasnya telah ditutup pada Mei 2010 selepas penunjuk perasaan anti kerajaan membakar sebahagian daripadanya. Pusat membeli belah ini mempunyai 495 kedai-kedai dan perkhidmatan yang disediakan. Ia juga mempunyai sebuah hotel lime bintang, pusat konvesyen, menara pejabat dan struktur tempat letak kereta. Ia pada asalnya adalah Pusat Dagangan Dunia dan telah ditukar nama kepada Central World Plaza pada tahun 2002 dan Central World pada tahun 2005.



6. Persian Gulf Complex, Shiraz, Iran – 450 000 meter persegi
Juga dikenali sebagai Fars, pusat membeli belah ini adalah pusat membeli belah terbesar di dunia dari segi bilangan kedai dan perkhidmatannya iaitu sebanyak 2500. Ia dibuka pada bulan September 2011 dan menjadikan Carrefour Hypermarkat sebagai kedai utama di sana. Pusat membeli belah ini mempunyai sebuah hotel, kolam renang, gelanggang tenis, pusat konvesyen, taman hiburan, pusat boling dan enam pawagam. Ia terletak di kota Shiraz yang dianggap sebagai modal budaya Iran.



5. 1 Utama, Selangor, Malaysia – 465 00 meter persegi

Pusat membeli belah ini telah dibuka pada tahun 1995 dan dengan sayap yang lebih baru yang dirasmikan pada tahun 2003. Kedua dua sayap menampilkan lebih daripada 700 kedai-kedai di dalamnya. Terdapat juga empat gedung membeli belah seperti AEON, Isetan, Parkson, Tangs dan beberapa pasar raya di sana. Selain itu, peminat filem tempatan dan hollywood boleh menonton filem filem terbaru di dua pawagam GSC dan TGV yang terletak di dalam pusat membeli belah di sana.



4. Isfahan City Center, Isfahan, Iran – 470 000 meter persegi
Ini adalah projek besar Iran yang dibina dalam empat fasa. Ia dibuka pada November 2013 dan mempunyai lebih 750 kedai-kedai di dalamnya. Pusat membeli belah ini mempunyai sebuah pasar raya, kedai-kedai, gerai, restoran dan pejabat syarikat penerbangan. Ia juga mempunyai hotel tujuh bintang, tujuh pawagam, pusat kewangan, pusat perdagangan dan pusat hiburan. Ia adalah pusat membeli belah terbesar di Iran dan timur tengah.



3. SM City North EDSA, Quezon City, Filipina – 481 878 meter persegi

SM City North EDSA adalah pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara. Ia dibuka pada tahun 1985 tetapi telah dibangunkan semula sejak itu. Ia mempunyai lebih daripada 1100 kedai dan 400 restoran makanan. Ia juga mempunyai kawasan kondominium kediaaman yang dibahagikan kepada lapan bahagian iaitu Pusat Bandar, Interior Zone, The Annex, Block, The Warehouse Club, Sky Graden, Northlink dan Grass Residences.



2. Golden Resource Mall, Beijing, China – 557 419 meter persegi
The Golden Resouces Mall dikenali sebagai Jin Yuan. Ia juga dikenali sebagai the great mall of china. Lokasi pusat membeli belah agak terhad dan ia merupakan satu masalah besar di sana, tetapi dengan adanya sebuah stesen kereta api baru berhampiran kawasan tersebut mungkin akan menyelesaikan masalah tersebut. Ia terletak di Rourth Ring Road di Beijing di luar Wilayah. Kebanyakkan kedai kedai di sana tidak menerima kad kredit asing. Selain itu, jenama berprestij seperti Ralph Lauren, Chanel, dan syarikat makanan segera seperti Papa John Pizza juga mempunyai cawangan di pusat membeli belah ini.



1. New South China Mall, Dongguan, China – 659 612 meter persegi

Pusat membeli belah ini terletak di bandar Dongguan, China. Ia mempunyai 2350 kedai-kedai di dalamnya. Pusat membeli belah ini dibahagikan kepada tujuh zon iaitu Amsterdam, California, Carribean, Mesir, Paris, Rome dan Venice. Ia juga mempunyai replika tempat pelancongan yang terkenal seperti Arc de Triomphe Paris dan St Mark Bell Tower Of Venice. Susun atur di dalamnya agak terancang walaubagaimanapun ia tidak dilengkapi dengan perancangan perniagaan yang baik secara keseluruhan. Sebahagian besar pusat membeli belah tidak dapat dikunjungi oleh orang ramai kerana keseluruhan pusat membeli belah ini masih kosong.
kredit to http://gempakzsiot.com/

Anak Julie Dahlan Bernikah Dengan Adik Hattan



Anak kepada produser popular, Julie Dahlan iaitu Hanny atau nama sebenarnya Hani Nur Zara Harmi, 31, kini bergelar isteri kepada adik penyanyi terkenal, Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi semalam.

Mengimbau detik awal penyatuan hati mereka, Hanny yang popular kerana lakonannya dalam drama bersiri Roda-Roda Kuala Lumpur menyatakan dia mengambil masa hampir 6 bulan sebelum menerima kehadiran Shamsul dalam hidupnya kerana tidak mahu silap memilih selepas putus tunang 2 tahun lalu.

Hatinya hanya terbuka selepas melihat kesabaran selain tertarik dengan sikap romatik dan penyayang lelaki berkenaan.

Majlis resepsi pasangan ini yang berkonsep tradisional akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.

sumber : http://www.murai.com.my/

Tengkorak Bayi Retak Angkara Pengasuh

Seorang bayi lelaki berusia enam bulan koma setelah dipercayai didera oleh pengasuhnya sehingga retak ditempurung kepala.

Gambar Hiasan

Menurut bapanya, Rizuwan Shafiee, 27, “Saya tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak yang hanya baru pandai meniarap tiba-tiba lembik serta tidak sedarkan diri,” selepas anaknya Arman Iskandar, enam bulan koma dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Mangsa dipercayai retak tengkorak di belakang kepala sepanjang sejengkal dalam kejadian di antara jam 8 hingga jam 11 pagi, Selasa lalu di sebuah taman di Jalan Kampung Guar Syed Alwi.

Menurut laporan, mangsa yang juga anak tunggal pasangan Ridzuwan dan isterinya yang juga seorang penjawat awam Hazwani Ibrahim, 26.

Tambah Rizuwan lagi, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada isterinya kira-kira jam 11 pagi hari kejadian sebelum bergegas ke rumah pengasuh itu.

“Saya bekerja sebagai juruteknik di Gurun, Kedah dan hanya isteri berada di Kangar ketika itu.

“Isteri saya ke rumah pengasuh dan terkejut melihat keadaan Arman yang tidak sedarkan diri serta kepalanya membengkak akibat kesan retakan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, ketika kejadian, pengasuh berusia 4o-an itu mendakwa tidak mengetahui apa yang berlaku dan hanya menyedari anaknya tidak sedarkan diri dan sesak nafas.

Rizuwan berkata, isterinya mendapati Arman lembik dan tidak bermaya serta tidak sedarkan diri sebelum bergegas menghantarnya ke sebuah klinik swasta sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Doktor pakar di HTF kemudian mengesahkan anak saya retak di tempurung kepalanya sebelum dikejarkan ke HSB menaiki ambulans bagi tindakan selanjutnya kira-kira jam 5 petang. Saya turut membuat laporan di Balai Polis Kangar pada hari kejadian itu.

“Sebaik tiba di HSB doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengetahui keadaan di dalam kepala anak saya selepas terdapat darah beku di dalam otaknya berikutan hentakan kuat di belakang kepalanya itu,” katanya.

Kata beliau lagi, sehingga semalam, anak lelakinya itu masih kritikal serta masih belum sedarkan diri dan doktor masih menunggu keadaannya bagi meneruskan pembedahan bagi membuang tempurung kepala bagi menyelamatkannya.

Rizuwan berkata, doktor memberitahunya bahawa harapan anaknya hanya bergantung kepada kekuatan bayi kecil berkenaan melawan kecederaan dialaminya itu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Deputi Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan berkenaan dan sedang menyiasat kes berkenaan.

“Polis sudah mendapatkan keterangan daripada ibu bapa mangsa selain pengasuh bayi berkenaan. Wanita itu kini direman polis dua hari,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai jatuh dari tempat tinggi menyebabkan tempurung belakang kepalanya retak sebelum mengalami pendarahan dalaman dan tidak sedarkan diri.

Katanya, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(A), Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda RM20,000.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Malang Seorang Wanita, Tersilap Sapu Gam Di Bibir

Seorang wanita di Dunedin, New Zealand terpaksa memberi tunjuk arah kepada perkhidmatan kecemasan ke rumahnya menggunakan rengusan dan ketukan semalaman selepas secara tidak sengaja melekatkan gam pada mulutnya.

Wanita itu yang berusia 64 tahun bercakap kepada stesen televisyen 3 News tanpa mendedahkan namanya berkata dia membuat kesilapan itu ketika tersalah mengambil krim panas pada tengah malam.

"Saya tidak dapat bercakap di telefon, jadi saya gagal memberitahu mereka di mana saya tinggal, saya tidak dapat memberitahu mereka nombor telefon saya. Saya perlu mengetuk telefon, satu ketukan untuk tidak dan dua ketukan untuk ya dan mereka mengambil masa yang panjang untuk mencari jalan dan semua nombor” - Mangsa

Akibat mengalami selesema, dia mengambil tiub kuning yang dianggapnya krim untuk meredakan kesakitannya, namun ia sebenarnya sejenis gam yang kuat.

“Saya naik ke katil dan dan berasa bibir saya seperti dicucuk akibat sakit, jadi saya fikir saya perlu menyapukan krim bengkak,” katanya.

“Saya meletakkan semua minyak angin dalam dulang di atas almari, lalu turun dari katil dan meraba-raba pada dulang tetapi dapat menghidunya kerana hidung sumbat. Saya kemudian naik ke katil dan memikirkan, ‘apa yang saya letakkan pada mulut saya?”

Ketika wanita itu menyedari apa yang dilakukannya, ia sudah terlalu lewat. Sewaktu beliau mendail 911, dia mendapati mulutnya digam rapat dan beliau gagal bercakap.

“Saya tidak dapat bercakap di telefon, jadi saya gagal memberitahu mereka di mana saya tinggal, saya tidak dapat memberitahu mereka nombor telefon saya,” katanya.

“Komunikasinya ialah ‘Adakah anda tinggal di Dunedin?’ dan saya merengus “mmm” dan kemudian wanita itu melalui semua pinggir dan jalan, dia amat, amat sabar.

“Saya perlu mengetuk telefon, satu ketukan untuk tidak dan dua ketukan untuk ya dan mereka mengambil masa yang panjang untuk mencari jalan dan semua nombor.”

Pasukan paramedik akhirnya berjaya sampai ke rumahnya di pinggir St Kilda, pegawai akhirnya menghantar seekor anjing polis ke rumah kerana mereka percaya dia mungkin disumbat mulut dan menjadi mangsa serangan ganas.

Wanita itu kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Dunedin, yang menggunakan minyak parafin untuk menanggalkan gam. Wanita itu kini selamat pulang ke rumah.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Mahu berjaya sebagai penyanyi


Warner Music realisasikan impian Maya Karin miliki album baru
Bebas daripada soalan berbaur peribadi yang sudah ditebak jawapannya, Maya Karin teruja apabila perbualan lebih terarah kepada perancangan kerjayanya. Biar sering dihadapkan persoalan yang serupa sejak kembali solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Ali Shorthose, tiga tahun lalu, Maya menarik sedikit nafas lega apabila diajak berkongsi topik lebih serius.

Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.

Tanpa berselindung mengakui, peningkatan usia mampu membataskan langkah seseorang anak seni untuk terus meneroka kemampuan namun perkara itu tidak pernah terjadi kepadanya.
"Kesibukan itu bagai tiada henti, selain penggambaran filem dan rakaman album, saya juga diundang menjadi pengacara majlis bertaraf global serta terbabit dalam kerja kebajikan berkaitan alam sekitar. Ketika usia meningkat dan semakin ramai bakat baru meraih ruang selesa, saya masih tidak dilupakan. Itu sudah membuat saya terlalu bersyukur," kata Maya yang menerjah industri seni pada 2000 sebagai pengacara program Wavelength.

Wanita berketurunan Melayu-Jerman itu berkata, kesibukan berterusan memaksanya mencari dahan kukuh untuk berpaut terutama dalam pengurusan kerjayanya selepas tempat naungannya dulu menutup operasi. Lima tahun bersama Satu Entertainment, meskipun berat namun Maya terpaksa melangkah menyusun laluan sendiri.

Maya bagaimanapun bernasib baik apabila Audi Mok masih mengambil berat mengenai perjalanan kariernya, lalu memperkenalkannya kepada pengurusan Warner Music.
"Bermula daripada perbincangan mengenai urusan pengedaran album, Warner akhirnya menawarkan ruang untuk saya bernaung secara profesional. Atas kepercayaan kepada Audi yang saya anggap seperti abang sendiri, saya bersetuju kerana mereka memiliki pasukan pengurusan yang tersusun.

"Saya bukan hanya pelakon yang perlu berada di lokasi. tanggungjawab itu turut menuntut fokus tinggi dalam menghayati watak, selain terpaksa berurusan pelbagai pihak.
"Saya tidak mahu kerana tamak, kerjaya dan hubungan dengan media dan pelanggan jadi kacau bilau. Untuk terus maju, saya percaya artis memerlukan pengurusan yang bagus," katanya yang sudah tiga bulan menyertai Warner Music.

Meskipun berpengalaman hampir 13 tahun, Maya melihat pengurusan artis sebagai satu perkara penting yang membantu memanjangkan langkahnya.

"Banyak aspek perlu dititikberatkan seseorang artis, terutama berkaitan hal kreativiti. Mengapa perlu memperjudi diri memikirkan hal kecil sedangkan banyak perkara lain perlu diberi fokus?
"Artis sebagai produk memerlukan pengurus yang baik. Mereka tidak hanya berperanan menjawab panggilan dan berunding hal berkaitan tawaran, sebaliknya turut memikirkan wawasan dan visi memajukan kerjaya seseorang artis.

"Sama seperti membuka sebuah syarikat, pengurus harus mempunyai perancangan, struktur kewangan dan memahami artis sebagai produk yang berdepan saingan.
"Saya tidak mampu menangani tanggungjawab itu seorang diri. Saya juga berasakan artis tanpa pengurusan yang baik hanya merugikan diri sendiri," katanya.

Keinginan untuk meneruskan karier nyanyian sudah lama bertunas dalam dirinya, cuma entah kenapa perancangan itu seperti tertunda.

"Mungkin ketika itu Tuhan belum mengizinkan. Bukan tidak berusaha kerana saya sudah merakamkan beberapa lagu, termasuk single Sinar Ini tetapi penerbitan album ketiga tidak juga menjadi kenyataan.
"Saya akur karier nyanyian belum mampu untuk membawa saya berbangga seperti pencapaian diraih dalam lakonan. Tetapi itu tidak pernah membuat saya ingin berundur.
"Kepercayaan diberi umpama bintang yang jatuh dari langit kerana sementara menunggu filem ditayangkan, saya berikan dulu fokus kepada nyanyian," katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/

Gambar Almy Nadia Bertudung Litup

 Berikut adalah  gambar Almy Nadia yang bertudung litup. Nampak comey lorrr.....:











sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Siti Nurhaliza Bercadang Ambil 2 Anak Angkat Palestin

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Menurut Siti, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.Bagaimanapun tambah Siti, perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujarnya.Menurut Siit lagi, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

"Saya bangga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza."Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar," katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin."Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

"Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Aksi Lucu Jet Li


JET LI dikatakan membawa karakter yang berbeza untuk filem ini.
TIDAK sah filem kung fu tanpa kelibat Jet Li. Malah lelaki berumur 50 tahun itu sudah terlibat dengan lebih 43 buah filem yang kebanyakannya genre aksi. Bukan itu sahaja, Li yang sebelum ini muncul dalam filem The Flying Sword of Dragon Gate dan The Sorcerer and the White Snake, diberikan peranan polis yang mempamerkan ketangkasannya berkung fu.

Filem itu merupakan filem keempat gabungan Li dengan aktor, Wen Zhang. Zhang baharu sahaja muncul dalam Journey to the West yang diarahkan oleh Stephen Chow. Sebelum ini, mereka pernah terlibat dalam filem The Sorcerer and the White Snake yang menyaksikan Li memainkan peranan guru dan Zhang memainkan peranan sebagai pengikutnya.

Chui Po Chun, penerbit untuk filem Badges of Fury mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penerbitan filem termasuk filem seperti siri Once Upon a Time in China, Crouching Tiger Hidden Dragon dan Tai Chi Master.

Filem ini turut dibintangi para pelakon Hong Kong yang terkenal serta veteran seperti Raymond Lam, Michael Tse, Kevin Cheng, Leung KaYan, Stephen Fung, Alex Fong Lik Sun, Stephy Tang Lai Yan dan Josie Ho Chiu Yi.

ANTARA babak lucu yang akan memikat hati penonton.

Pakar kung fu seperti Wu Jing, Colin Chau dan Leung Siu juga membuat penampilan khas dan bakal membuatkan khalayak teruja dengan kemunculan mereka.

Filem aksi tidak akan sempurna tanpa bimbingan pakar koreografer aksi. Filem Badges of Fury ini dibimbing oleh Corey Yuen, seorang pakar koreografer aksi yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dengan pelbagai filem Hong Kong serta Amerika seperti The New Legend of Shaolin, The Expendables, X-Men dan The Transporter.

Dalam satu temu ramah yang diadakan di Beijing, China untuk promosi filem yang telah mula ditayangkan pada 27 Jun lalu, Li memberitahu bahawa dia sebenarnya teringinkan watak jahat yang dibawakan oleh Chau.

“Saya tidak tahu kenapa Zhang boleh menyukai tiga orang gadis dalam filem ini manakala saya hanya duduk di sebelah dan bercakap perkara-perkara yang menyakitkan hati,” ujar Li dalam nada lucu dengan menambah dia agak iri hati dengan Zhang yang memonopoli perhatian gadis-gadis dalam filem ini.


LI (kiri) bergandingan dengan pelakon Zhang untuk filem Badges of Fury.

Buat Michelle Chen yang merupakan bunga dalam filem ini, dia mengaku berhadapan banyak cabaran kerana tidak pernah terlibat dengan filem aksi komedi.

“Saya terlalu baru untuk genre komedi, jadi rentaknya merupakan sesuatu yang sangat saya titik beratkan. Namun, bekerja dengan Li sangat menyeronokkan. Saya sangat terkejut melihat dia sebenarnya boleh menjadi nakal. Dia akan berjenaka dan membuat kami semua ketawa pada setiap hari. Dia berusaha untuk membuatkan semua yang terlibat berada dalam mood yang menyenangkan kerana kami berada dalam filem bergenre komedi,” kata Chen.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp


Cinta Elfira, Baim Sekadar Gurauan



KEREMAJAAN serta kelopaknya yang mekar berkembang semakin mempesonakan. Pelakon genit Elfira Loy ini pantas sahaja menawan perhatian. Ketika sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Demi Dia, tiba-tiba namanya terpanas dengan kisah cinta bersama aktor dari seberang, Baim Wong.

Semua itu gara-gara pengakuan Baim tentang cinta mereka menerusi rancangan MeleTOP yang disiarkan secara langsung di Astro Ria pada Selasa lalu.

Elfira, 19, manakala Baim Wong, 32, kali pertama dipertemukan dalam sebuah drama berjudul Untuk Terakhir Kali pada tahun lepas. Walaupun mereka dipertemukan di lokasi itu, Elfira dan Baim sebenarnya telah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2011 iaitu ketika Elfira berusia 17 tahun.
Mendapatkan sendiri kepastian daripada Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011, Elfira ternyata seorang gadis yang suka berterus-terang. Sedikit berbeza berbanding apa yang tersiar dalam akhbar dan blog hiburan pada Khamis lalu, Elfira memberitahu Sensasi Bintang:

"Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang.
"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey," ulas Elfira berbunyi jujur.

BAIM menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira.
"Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan," jelas Elfira yang bersifat terbuka.

Tambah Elfira: "Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang."
Bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon yang terkenal menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu, pelakon yang baru selesai penggambaran filem pertamanya, Rentap itu menjelaskan bahawa dia mengikuti perkembangan Baim menerusi laman sosial Path sejak tahun 2011 lagi.

"Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan," kata Elfira yang pernah juga digosipkan bercinta dengan seorang lagi aktor dari seberang, Randy Pangalela.

Mendakwa dirinya tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta, penuntut Kolej Damansara Utama itu memberitahu, dia tidak pernah meletakkan faktor usia sebagai sekatan untuk terlibat dalam soal cinta biarpun umur masih remaja.
Seperti yang dijangka oleh Elfira sendiri, Baim yang dihubungi dari lokasi fotografi bersama sebuah majalah di Bangi, Selangor pada Khamis lalu sempat meluangkan masa untuk ditemubual.

"Saya hanya bercanda tentang hal itu. Antara saya dan Elfira memang tidak ada hubungan istimewa, cuma teman biasa. Usah fikir keterlaluan," ujar Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim itu kepada Sensasi Bintang.
Masih solo dan belum berpunya, tambah Baim, fokusnya kini tertumpu tentang kariernya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Alyah Terima Ramli Walaupun Garang


PENGHIJRAHAN imej menjadikan Alyah seorang wanita yang lebih matang berbanding sebelum ini.


HIJRAH penampilan penyanyi Noor Hasliah Abu Hasan atau nama komersialnya Alyah pantas mencetuskan gosip bahawa wanita berumur 32 tahun itu akan menamatkan zaman solonya pada bila-bila masa.

Dia yang ditemui usai rakaman program raya Dikir Stail bertempat di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor baru-baru ini semakin menguatkan gosip berkenaan apabila berterusan menyatakan dia sudah terlajak sasaran bergelar isteri selama enam tahun.
“Saya sudah bersedia untuk berkahwin sejak berumur 26 tahun lagi tetapi pertunangan terputus di tengah jalan.

“Saya ini memang keturunan India, tetapi takkan saya nak amalkan resam Hindu untuk meminang lelaki. Jadi, sebagai gadis Islam saya hanya menunggu orang masuk meminang sahajalah,” katanya.
Dia turut mengaku sedang mengenali hati budi dan dalam proses berkawan lagi dengan seorang lelaki. Namun apabila ditanya adakah lelaki itu Datuk Ramli MS, dia hanya tergelak kecil.

“Sekarang saya ikut sahaja perjalanan hidup ini, tidak berharap sangat, cuma mendoakan yang terbaik.”
“Saya masih orang yang sama walaupun sudah berhijab cuma saya berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan saya masih belajar dari sehari ke sehari,” ujarnya lagi.

KARAKTER garang dan tegas yang dimiliki oleh Ramli MS disenangi Alyah.

Sifat yang dimiliki oleh Ramli MS yang tegas dan garang seperti arwah bapanya menyebabkan dia lebih mudah menerima lelaki seperti itu.

“Arwah bapa saya paling garang di dunia, semasa kecil, saya takut sangat dan sifat itu (garang) ada pada Ramli MS. Jadi saya senang dan tidak menyifatkannya susah buat saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Mengenai persengketaan yang berlaku antara dia dan pereka baju terkenal, Hatta Dolmat menerusi Twitter sejak tahun lalu berhubung isu pakaian, Alyah menyatakan bahawa perkara tersebut telah selesai walaupun dia tidak pernah bertemu dengannya.
“Secara peribadi, saya terima semuanya secara terbuka dan tidak berdendam walaupun kami tidak pernah berjumpa. Saya malas nak panjangkan cerita lagi,” katanya.

Sebelum ini Hatta menyatakan kekecewaannya kerana Alyah menempah empat pasang baju daripada pereka yang dikenalinya untuk sebuah majlis tetapi tidak memakainya.
Namun, Alyah meminta maaf kepada Hatta kerana dia tidak memakai baju rekaannya akibat masalah zip.

Jelas Alyah, demi untuk meredakan gosip sedia ada, dia bersedia untuk menutup akaun Instagramnya dengan alasan tidak mahu terlalu leka dengan laman sosial.
Dia juga mengaku sibuk untuk menyiapkan album terbaharunya yang masih mengekalkan konsep pop cuma perbezaanya adalah dari segi penampilannya dalam album berkenaan.

“Bukan saya tidak hargai peminat. Saya sedar semua kejayaan saya datangnya daripada sokongan peminat, tetapi saya ini jenis yang cepat leka,” kata Alyah.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Disangka Robert Pattinson



STEVE CARELL


AKTOR komedi Steve Carell secara berseloroh menyatakan dia pernah disalah sangka sebagai pelakon filem Twilight, Robert Pattinson.
"Ya, pada kebiasannya, saya sering disangka sebagai Pattinson," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurutnya, dia juga pernah ditanya sebelum ini sama ada terdapat orang lain yang menyangka dirinya sebagai seorang selebriti terkenal lain."Ya, saya macam Pattinson kecuali muka dan badan.
"Saya merupakan hantu yang tinggal di dalam badan seseorang," tambah Carell.

                                                                                             Robert Pattinson
Pelawak itu kini sibuk mempromosikan filem animasi terbaharu yang menggunakan suaranya, Despicable Me 2.Filem tersebut akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai depan manakala penonton di Britain sudah menyaksikan animasi itu sejak Jumaat lalu.
Dalam filem tersebut, dia menyumbangkan suara untuk watak jahat Gru yang menjadi bapa kepada tiga orang anak angkat.

Filem itu juga menggunakan suara pelawak terkenal, Russell Brand, Kristen Wiig, Steve Coogan dan Miranda Cosgrove.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved