MH370: Jet Pengarah Lord of The Rings Turut Sertai SAR

on Thursday 3 April 2014

Jet persendirian milik pengarah filem Lord of The Rings, Peter Jackson turut digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, menurut laporan portal berita antarabangsa.



Pesawat Gulfstream G650 milik Jackson itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu.

Menurut laman web Gulfstream, jet milik Jackson itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa dimana ia membolehkan Jackson membuat perjalanan tanpa henti dari Welllington, New Zealand ke Los Angeles, California, dimana kebanyakkan penggambaran filemnya dijalankan.

“G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” menurut laman web tersebut.

Bernilai puluhan juta dolar, kelajuan jet mewah itu mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama.

Jurucakap Jackson turut mengesahkan penglibatan jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013 itu namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak.

“Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini.

Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” jurucakap Jackson, Matt Dravitzki berkata.  sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved