Wanita Hamil 4 Bulan Kejar Pencuri Tshirt

on Friday 28 March 2014


Seorang wanita mengandung empat bulan, nekad mengerah kudrat berlari sejauh 100 meter mengejar pencuri yang melarikan sehelai kemeja-T berharga RM130 dari gerainya di Teluk Chempedak, tengah malam semalam.

Bagaimanapun, usaha wanita berkenaan, Kodeeyah Leeae, 26, berjaya apabila suspek berusia 17 tahun berjaya diberkas dengan bantuan orang awam yang turut mengejar remaja itu selepas mendengar jeritan mangsa.

Menceritakan kejadian, Kodeeyah yang mengandung anak sulungnya berkata, sebelum kejadian jam 12 tengah malam, dia berada di gerainya sambil menunggu pelanggan sebelum seorang lelaki masuk sambil mencuba sehelai baju.

Menurutnya, bagaimanapun lelaki terbabit meletakkan baju itu sebelum keluar dari gerainya namun kembali beberapa minit kemudian untuk bertanyakan harga baju berkenaan.

Katanya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa apabila lelaki terbabit beredar selepas diberitahu harga baju berkenaan, tetapi dia kembali bersama tiga rakan dan mencuri baju itu.

“Melihat lelaki itu melarikan diri, saya nekad mengejarnya dibantu seorang peniaga lain, Ahmad Jalaluddin Abdul Jamil, 24, yang turut mengejar suspek.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan kerana berjaya memberkas suspek dan menemui semula pakaian yang dicuri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ahmad Jalaluddin berkata, dia bertindak mengejar suspek terbabit selepas mendengar mangsa menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan.

“Dia (suspek) memang ada membeli baju dari kedai sebelah, tetapi sehelai lagi curi manakala tiga lagi rakan suspek sempat melarikan diri dengan masuk ke dalam hutan berhampiran,” katanya memaklumkan suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.
sumber: http://padawanstreet.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved