Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar hari ini.
Pakar yang terbabit dalam operasi berkenaan memberi amaran bahawa tiada jaminan operasi terbesar yang membabitkan enam negara di kawasan mencari berkenaan akan berjaya menemui semula bangkai pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, zon pencarian di selatan Lautan Hindi di kawasan seluas 2,500 kilometer dari barat daya Perth itu adalah kawasan terpencil dan kemungkinan pesawat Boeing 777-200ER itu terhempas di situ.
Penyelidik lautan dari University of New South Wales, Erik van Sebille, berkata kawasan nahas berkenaan dikenali di kalangan pelaut sebagai ‘Roaring Forties’ iaitu lautan tebusan.
“Secara dasarnya, lautan berkenaan terkenal dengan keadaan ribut kencang dan ombak kuat. Manakala ketika musim sejuk, ombak mampu mencapai sehingga 10 ke 15 meter,” katanya.
sumber

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment