MH370- Juruterbang Air Asia X Di Gantung Tugas

on Thursday 27 March 2014

Seorang juruterbang syarikat penerbangan AirAsia digantung tugas kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menggunakan laman sosial.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, tindakah itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas juruterbang berkenaan.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook,” menerusi akaun Twitternya.

Dalam pada itu itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman dalam Twitternya berkata, juruterbang itu melanggar “arahan khusus” iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan pihak lain, tegas beliau.

Terdahulu, seorang individu dipercayai juruterbang syarikat penerbangan Air Asia X mengkritik langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370.

Berikutan kenyataan juruterbang itu melalui Facebook:

(*Mencarut* … betulkah sudah ada bukti konkrit yang MH370 dah terhempas?! Adalah tidak betul untuk membuat andaian jika tiada bukti yang mengesahkannya!! Serpihan tu belum dibuktikan lagi daripada pesawat! Tunjukkan bukti pada kami MH370 dah terhempas. Selagi itu, berhenti sembunyikan fakta! Orang buta pun boleh nampak banyak perkara yang kerajaan tahu tapi tak nak dedahkan!!)
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved