Kongsi Gambar Percutian, Noh Hujan Bakal Bergelar Ayah?

on Thursday 27 March 2014

 Tahniah diucapkan kepada pasangan Noh Hujan dan isterinya Mizz Nina yang semakin dihormati kerana penghijrahan mereka, jarang sekali berkongsi gambar percutian untuk tatapan peminat.


Jika adapun sebelum ini hanyalah sekeping dua foto selain beberapa keping gambar sewaktu mengerjakan Haji dan umrah satu ketika dahulu.

Namun beberapa hari lalu, pasangan ini dilihat aktif pula memuat naik gambar-gambar mereka berdua sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ialah apabila Noh berkongsi sekeping gambar di laman sosial miliknya menunjukkan seolah-olah Nina sedang berbadan dua.

Seorang peminat yang turut perasaan akan perbezaan Nina itu turut bertanya kepada Noh sama ada benar isterinya itu kini hamil anak pertama mereka.

Namun pertanyaan itu hingga kini tidak dijawab oleh Noh.

Andai benar Nina dan Noh bakal bergelar ibu bapa, tahniah diucapkan. Jika tidak pun, kami percaya ramai peminat akan mendoakan agar mereka sama-sama dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved