Nazim Othman & Bella Dally Nikah Senyap-Senyap?

on Tuesday 5 November 2013

Foto : Nazim Othman & Bella Dally Sudah Nikah?

Ramai peminat sudah sedia maklum akan hubungan cinta aktor kacak, Nazim Othman dan Belly Dally.

Foto : Nazim Othman & Bella Dally Sudah Nikah?

Akan tetapi sepanjang menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini jarang menjaja kisah peribadi mereka kepada umum dan lebih selesa untuk berkongsi soal kerjaya sahaja kecuali ketika mereka bersama bercuti di eropah satu ketika dulu..

Bagaimana pun baru-baru ini, pasangan pelakon tersebut telah berkongsi beberapa foto mesra mereka lengkap memakai persalinan pengantin berwarna putih.

Foto : Nazim Othman & Bella Dally Sudah Nikah?

Eh betul ke mereka sudah bernikah secara senyap-senyap? Kenapa tak buat sidang media seperti artis lain? Atau memang jadi trend nak sorok-sorok lepas tu baru keypoh?

Foto tersebut turut menarik perhatian pengikut laman sosial pasangan ini dan ramai antara mereka yang mengucapkan tahniah atas berita baik tersebut.

Setelah meneliti setiap caption foto yang dikongsikan oleh Bella dan Nazim, rupa-rupanya majlis pernikahan mereka hanyalah untuk sebuah drama yang menggandingkan kedua pelakon ini.

Difahamkan, mereka hanya bernikah untuk penggambaran drama terbaru TV3 berjudul Kalimah Jiwa yang akan disiarkan pada bulan Disember nanti.

Hmm, bikin saspen je kan? Tapi agak-agaknya bila la mereka akan bernikah secara rasmi ekkk? Tentu ramai pemiant yang ternanti-nanti.....




Sumber : kezoom.blogspot.com dan ohbulan

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved